AFB FEEDS

Pengalaman Join Program 'Volunteer Work' Di Zoo Negara


[ 09 April 2017 ] 


Sekali lagi cerita yang dah berbulan basi tapi Ainaa nak juga update di blog sebagai kenangan untuk Ainaa baca semula nanti. Bulan empat yang lepas adalah bulan yang paling Ainaa busy tapi bulan tu juga la banyak program-program menarik yang ada jadi memang Ainaa guna peluang yang ada ini untuk sertai program. Supaya kita dapat pengalaman yang baru dan dapat kawan baru juga. Bertarikh di atas, Ainaa sertai program volunteer work di Zoo Negara yang mana pada hari tersebut kami bergabung dari dua buah institusi di Malaysia. Satu dari wakil-wakil UIA sekitar 30 orang dan satu lagi Ainaa lupa apa tapi kata mereka, dia orang bukan wakil universiti. Apa pun walau berlainan institute tapi kami bergabung untuk laksanakan volunteer work ini.

volunteer work di zoo negara, zoo negara, programm di zoo negara

Pagi lagi kita orang dah gerak dari UIA dan jarak gombak ke Zoo Negara bukan la jauh sangat.... Dekat je tapi sempat juga lah Ainaa bersarapan dalam bas. Tiba di Zoo Negara dalam pukul 8.30 pagi macam tu dan kami pun berkumpul bersama-sama institute B (Ainaa bagi nama B la wakil satu lagi tu, senang sikit) tu dan kami diberi beberapa taklimat dan dibahagikan kumpulan. Bila dah bagi kumpulan ni memang bercampur tak kira kau dari mana dan group yang Ainaa dapat pula bersama tiga orang pelajar dari wakil UIA, seorang lelaki, dua orang perempuan termasuk Ainaa dan seorang lagi lelaki Cina dari wakil B. Paling best, kami ditugaskan di bahagian haiwan liar iaitu Hyena. Haa ada yang tak tahu Hyena atau Haina ni binatang apa? Jangan risau sebab Ainaa pun baru tahu nama haiwan ni bila join program. Itu pun atas jasa lelaki Cina yang satu group dengan Ainaa tu, dia tersangat la ramah dan baik orangnya. Dia la yang beritahu Ainaa pasal Hyena ni, sejenis haiwan yang menyerang secara berkumpulan dan Hyena juga yang suka menyerang harimau. Sampai sekarang teringin nak jumpa lagi dengan dia sebab dia satu-satu non-Muslim yang ramah pernah Ainaa jumpa. Tak ada niat lain pun okey.

Kita orang diiringi oleh penjaga Hyena tu sendiri dan kami ikut saja apa arahan yang dia bagi. Tugas kami hanya la bersihkan kandang Hyena tu, tempat showplace dia dan tak lupa juga beri makan daging, ayam dan buah-buahan untuk Hyena. Paling seronok dapat bagi makan kat binatang ni la walau masa tu hujan lebat gila dan memang kami semua lencun walau dah pakai plastik sampah warna hitam tu buat sebagai payung. Bila ingat balik rasa kelakar sangat, selekeh weh tak pernah dibuat orang. Tapi seronok! Pengalaman yang tak dapat dilupakan bila pergi Zoo. Orang lain pergi Zoo hanya dapat tengok binatang-binatang ni semua dari jauh sedangkan Ainaa dan team yang lain dapat tengok dari jarak dekat malah masuk dalam kandang haiwan tu lagi! Selain itu, bila dah selesai buat kerja tu semua, kita orang juga dapat pusing-pusing Zoo Negara tu sepuas hati termasuk sekali tiket percuma ke Panda. Kita belanja dulu gambar budak-budak bergembira dapat ke Zoo Negara.

volunteer work di zoo negara, zoo negara, programm di zoo negara
team UIA. Bertambah 2 orang lepas lelaki Cina tu habis shift dia.

volunteer work di zoo negara, zoo negara, programm di zoo negara
love untuk si mata hitam
volunteer work di zoo negara, zoo negara, programm di zoo negara
Jadi la dapat sentuh macam ni pun

volunteer work di zoo negara, zoo negara, programm di zoo negara
Hai Kwang Soo
volunteer work di zoo negara, zoo negara, programm di zoo negara
sebelum balik kita bergambar dulu
Itu lah kesudahannya bila Ainaa dapat join program macam ni. Kami penat tapi seronok. Nak datang ke program macam ni ada dugaan sebenarnya tapi itu biar la Ainaa simpan sendiri. Tak nak dikenang benda yang pahit, kita ambil yang jernih dan berkongsi kegembiraan ini. Yang mana masih bergelar mahasiswa tu, jangan la mereput je dalam bilik... Apa kata sekali-sekala keluar join program-program yang ada. Ainaa suka mencuba dan suka tambah pengalaman sebab benda-benda ini semua yang akan kita rindui bila dah tamat belajar, betul tak? Jadi tunggu apa lagi jom la sertai program yang ada.

You Might Also Like

3 Surat Cinta

  1. 5 tahun dok kl tak pernah pergi zoo negara... Haha

    ReplyDelete
  2. comel pnda..hehe. belum pernah g zoo negara ni. bgus la boleh jadi volunteer kat sn

    ReplyDelete
  3. adoi, hri tu kje kl memang tringin jugak nk join program ni..tapi xsempat..

    ReplyDelete