1 April 2017
Yeay! Akhirnya tercapai jugak hasrat Ainaa nak gi Cat Signature Cafe and Studio ni setelah berbulan-bulan plan tapi asyik cancel je. Terima kasih untuk roommates Ainaa yang sudi layankan je Ainaa nak gi Cat Signature ni walaupun aku tahu kau tak minat pun kucing malah takut kucing. Ku terharu, guys. Nak jadikan cerita pada bulan empat yang lepas, kawan Ainaa sorang ni entah apa angin dia nak mandi di water park la apa lah dan dia yang ajak sewa kereta. Tapi disebabkan kita orang semua nak minimise kan penggunaan duit tu, maka water park cancel dan FRIM di Kepong tu pun kita orang terpaksa cancel atas sebab kes 'penghuni ghaib' yang pernah Ainaa cerita. Last-last kita pergi ke Cat Signature Bangi tu, Putrajaya dan Melaka. Entah macam mana dari plan nak ke Port Dickson boleh melencong ke Melaka. Dah jadi unplanned vacation tapi paling kelakar gi Melaka semata-mata makan malam ikan bakar je. Yalah, nak gi jalan apa kalau sampai sana pun dah maghrib... Kereta pula nak kena pulangkan pukul 10 malam.
Cat Cafe, Makanan Semua Sedap-Sedap
Cat Studio, Kucing Comel Tapi Sombong
Bila masuk tu ya Allah rasa nak je jerit sambil melompat dan peluk kucing-kucing tu semua. Comel gila! Gebu-gebu je semuanya. Tapi sayang peraturan kat situ dilarang buat bising dan kucing-kucing tu pun bukan main sombong tak nak orang pegang, peraturan pula tak boleh paksa kucing tu kalau dia tak suka. Aish, agak leceh sikit di situ tapi Ainaa faham sebab dia nak jaga kucing tu, kan orang buat nakal pergi penyet kucing ke tak ke trauma kucing tu. Jadi dua orang kawan Ainaa yang ikut juga masuk Cat Studio tu kesian la kat dia orang yang tak biasa dengan kucing atau bukan jenis pencinta kucing macam Ainaa. Sebab nya bila dia orang tak biasa dan kucing-kucing tu pulak sombong, memang dia orang hanya dapat belai kucing-kucing tu semua tanpa dapat peluk la. Macam Ainaa empat lima ekor kucing juga Ainaa dukung sedangkan dia orang dapat dukung sekor je. Sabar je la ya kawan-kawanku nak buat macam mana dia tak suka kau orang pegang. Kucing pun dapat rasa mana orang yang betul-betul suka kucing dan yang mana suka ala kadar kan. Okey, merapu je.
Ainaa ada kucing yang dah lama sangat Ainaa teringin nak tengok dan belai iaitu kucing gergasi dan kucing kaki pendek. Tersangat-sangat lah comel sampai Ainaa rasa nak sumbat dalam beg bawak balik bela kat asrama. Yang kaki pendek tu, alahai geram je tengok kucing tu lompat sana lari sini tak padan ketot. Harap ada rezeki la nak bela sekor pun dah okey kucing kaki pendek tu. Yang kucing saiz besar tu pula bulu dia macam bulu karpet kalau buat bantal peluk best jugak. Besar dia lebih besar dari baby umur setahun, agak-agaknya la sebab besar sangat kucing tu pun. Time Ainaa pergi asyik nak tidur je kerja dia. Comel! Nak tahu macam mana uniknya bentuk Cat Singnature Cafe And Studio tu dan betapa comel kucing-kucing kat situ boleh layang gambar-gambar ni. Jangan lupa ya pergi sana juga, confirm pencinta kucing akan jadi gila excited macam Ainaa.
|
anugerah-anugerah yang dia orang dapat |
|
rumah si bulus |
|
hai awak kenapa bekeng sangat ni |
|
syiok la tu orang urut dia |
|
sudikah engkau menjadi milikku? |
|
kucing gergasi yang gebu |
|
dua ekor ni bergusti |
|
si ketot yang tersangat la comel |
|
sombong tak nak orang pegang |
|
tempat si bulus bermain |
|
kucing ni selesema. sian dia |
|
malu la tak ada bulu.... tu yang pakai baju tu |
|
tempat bermain |
|
suasana cat studio |
|
termenung jauh nampak |
Nampak kan betapa seronoknya kalau dapat pergi Cat Signature Cafe And Studio ini yang terletak di bandar baru Bangi. Yang mana belum pernah pergi boleh datang sini bawa anak-anak atau pun kawan-kawan.
11 Comments
Im not a cat lover 😂
ReplyDeletecomelnya.... geram!! tapi ai tak suka peluk kucing.. hehehe
ReplyDeleteBestnya.. gumuk2 kucing dia
ReplyDeleteBagus untuk pencinta kucing..akak tak leh ngan kucing sebab akak takut kucing...bukan benci tau..takut je
ReplyDeleteWaa.. tak pernah lagi pergi cat studio.. terasa nak pergi.. comel kucing2 tu >.<
ReplyDeleteDulu2 pelihara juga kuching ini, tapi sejak ada anak kecik dirumah kesian plak tinggal kan mereka diluar dengan rumah mereka sendiri... Harap anak dah besar sikit nih boleh sambung semula hobi Nieve nih... ;)
ReplyDeleteha, ni cerita yg tv3 tu ada buat photoshoot drama kat sini..haha, bru tau kat bangi jer..
ReplyDeletewow
ReplyDeletewow .. mcm² topik kat sini .. boleh juga ni jdikan tmpat lepak waktu lapang ni .. hehe
ReplyDeleteDok cari2 mana kafe kucing best keluar entri Ainaa.. rasa nk pi la bwk anak2. Mcm best je ..
ReplyDeleteSeronoknyaaa, nk pergi jgk
ReplyDelete