SEPHORA: Tampil Elegan Dengan Lancôme Paris
WANITA dan KECANTIKAN. Tiada perpisahan sama sekali tidak
kira yang remaja mahupun dewasa. Wanita, tak suka pakai makeup macam mana pun
pasti ingin tampil cantik, elegan dan menawan kan. Wanita mana pun pasti
sukakan make up dan kalau ya tak suka, kahwin nanti mesti pakai juga. Sebab itu
Ainaa kata wanita dan kecantikan, wanita dan makeup tak akan berpisah. Kita ni,
diciptakan sebagai makhluk yang semula jadi cantik dan bila kenakan makeup,
tentu la lagi lawa! Tapi nak tahu tak apa yang membuatkan kita lagi nampak
menyerlah? Okey, mari-mari semua wanita cantik yang tengah baca tu, Ainaa nak
bagitahu rahsianya.
Anda pernah dengar tak SEPHORA? Dulu-dulu Ainaa mampu lalu
je depan kedai SEPHORA dan jeling-jeling sikit, jadi mana pernah beli produk
kecantikan dari SEPHORA. Apa yang Ainaa tahu, SEPHORA memang famous dan
mana-mana foreigner, dari Korea terutamanya pasti akan cari kedai SEPHORA untuk
beli barang-barang makeup. Ini berdasarkan apa yang Ainaa tengok vlog orang
Korea yang datang ke Malaysia la. Dulu lalu je depan kedai, sekarang? Yeay,
Ainaa dapat merasa shopping produk Lancôme Paris di SEPHORA bila Ainaa dapat
baucer tunai dari SEPHORA! Sudah tentu dengan sepantas mungkin Ainaa order
makeup Lancôme, siapa je tak excited kan kalau dah dapat baucer tunai atau
lebih tepat lagi percuma.
Tadaa! Inilah hasil shopping guna baucer yang Ainaa dapat
tu. Susah betul nak buat keputusan nak beli barang makeup apa dari Lancôme
sebab Ainaa rasa semuanya Ainaa nak! Semua produk buat rambang mata je tapi
akhirnya Ainaa beli makeup yang basic iaitu lipstick L'Absolu
Rouge dan bedak Blanc
Expert Cushion Compact SPF 23/PA ++ Duo Refill. Terbeliat lidah nak
sebut tapi pakai je bedak dan gincu ni terus rasa diri ini sangat elegan!
Memang berbeza dengan apa yang dipakai sebelum-sebelum ini dan produk dari
Lancôme mampu memikat hati siapa-siapa saja termasuk Ainaa sendiri.
Perbezaan makeup dari Lancôme Paris dan makeup dari jenama
lain, bila kita pakai je bedak compact tu warna cream bedak tu lain dari yang
lain dan bila pakai di muka, nampak seperti natural beauty gitu. Lipstick
Lancôme pula warna sangat menawan lagi-lagi bila pakai di bibir, nampak sangat
menyerlah. Elegan! Rasa bertuah sangat bila dapat merasa pakai produk dari
Lancôme Paris ni, kalau tak sebab SEPHORA beri baucer tunai tu... Memang tak
akan pernah merasa la jawabnya. Maklum la Ainaa masih belajar dan belum kerja.
Tapi lain kali kalau anda nak beli make up, Ainaa syorkan beli makeup Lancôme
Paris di SEPHORA. Ada banyak lagi pilihan barang-barang makeup di SEPHORA dan
boleh beli terus di SINI.
Apa pun, terima kasih SEPHORA beri peluang untuk Ainaa merasai menjadi elegan
dengan Lancôme Paris.
3 Comments
bagus ke produk ni?
ReplyDeleteBestnya.. Syok masuk sephora... semua rasa nak beli. hihi
ReplyDeleteCamne leh dpt baucer?
ReplyDelete