Tips Hilangkan Sakit Kepala
Kalau dah kerap kali sakit kepala ini, semua kerja rasa tak tentu. Nak jalan sorang-sorang pun takut, kan pitam tak pasal-pasal tapi setakat ini alhamdulillah tak pernah lagi Ainaa pengsang atau pitam. Dan alhamdulillah juga sekarang jarang-jarang terkena kecuali kalau cuaca panas sangat, berdiri terlalu lama (lebih-lebih lagi berdiri dalam lrt/ktm) dan boleh juga disebabkan suasana terlalu sesak dan penuh dengan orang. Banyak pula kecualinya kan. Hehe Tapi nak berbandingkan sekarang dengan zaman sekolah dulu, memang zaman sekolah lagi teruk migraine.
Sebelum Ainaa nak share cara Ainaa kurangkan rasa sakit kepala dengan cara Ainaa sendiri... Ainaa nak share dulu tips-tips yang diambil dari Facebook KakiNovel. Harap tips-tips ini dapat membantu kita semua.
TIPS-TIPS HILANGKAN SAKIT KEPALA
CARA HILANGKAN SAKIT KEPALA - NIK AINAA
Cara yang Ainaa gunakan ini memang agak pelik sikit tapi tak ada melanggar mana-mana hukum atau syirik. Tak ada. Ini Ainaa je pandai-pandai buat bila pernah Ainaa kena sakit kepala yang amat sangat dan langsung tak berkesan walau dah tidur dah sapu minyak ubat. Dulu-dulu Ainaa suka sangat guna minyak mestika ini kalau terkena migraine tapi sekarang dah bertukar ke minyak kayu merah yang sangat panas. Apa yang Ainaa buat dengan Minyak Mestika ini? Sebelum itu Ainaa akan sediakan air dalam baldi dan titiskan minyak Mestika ini ke dalam baldi tersebut. Jangan la sikit sangat titiskan minyak tu, titiskan beberapa yang kau orang rasa cukup untuk hilangkan migraine yang dialami. Dan air dalam baldi yang sudah dititiskan dengan minyak mestika, Ainaa akan curah ke atas kepala atau senang kata basahkan kepala dengan air minyak Mestika itu (jangan terkena muka, lebih lagi mata)
Nescaya selepas itu je terus kita akan rasa berangin-angin. Selepas dah basahkan kepala, lap kering-kering terus tidur. Nanti insyaAllah bila bangun migraine nya dah hilang! Itu apa yang Ainaa buat la tapi kalau Ainaa memang basahkan satu badan je dan satu badan juga rasa berangin. Best rasa segar je. Tapi ingat ya, kalau kau orang jenis yang tak suka panas-panas atau berangin.... kurangkan titisan minyak Mestika dan basahkan kepala saja. Jangan basahkan seluruh badan macam yang Ainaa buat. Tak pun jangan buat terus. Takut pula ada juga yang menggelepar.
Cara Ainaa memang pelik tapi Ainaa jarang buat dan kalau memang dah tak tahan sangat sakit kepala je Ainaa akan buat macam tu. Kalau tak macam biasa lah, hanya sapu minyak di pelipis kepala dan tidur! Kau orang pula ada tak tips yang selain daripada ini? Kalau ada boleh la share, mana tahu dapat membantu orang lain juga kan.
4 Comments
huhuhu.. tq ainaa untuk tips ni.. Nurul pun selalu migrain.. rasa nak hantuk2 je kepala ni dekat dinding.. memang tak dapat bayangkan sakit dia macam mana. >.<"
ReplyDeletesaya kalau dah pening kepala minum air limau suam, limau tu letak tiga biji dalam tu.. pastu makan sekali sebiji buah limau tu.. kalau tak baik juga makan ubat migrain..
ReplyDeleteTido je kalau poning ha..hehe jom BW keblog kite. http://liyanazafril.blogspot.my/
ReplyDeleteAlhamdulillah, jarang2 kena sakit kepala.
ReplyDeleteInfo yang bermanfaat.