kelab kucing ku sayang, pencinta kucing la sangat, kucing mahal, kucing comel, kucing overseas, pencinta kucing fake


PENCINTA KUCING LAH SANGAT KAN!


Sesiapa yang ada join group "Kelab Kucing Ku Sayang" dalam Facebook akan tahu lah betapa ramainya ahli-ahlinya yang suka sangat dengan haiwan bulus ini termasuk la Ainaa sendiri. Tak kira lah dari muda hingga ke yang berumur, yang perempuan atau lelaki... Memang masing-masing tunjukkan sifat penyayang dan perihatin terhadap kucing ini. Ainaa suka tengok orang post gambar kucing atau cerita pasal kucing-kucing dia orang. Tapi betul ke mereka semua ni pencinta kucing atau mereka hanya pencinta kucing yang mahal dan comel?

Bila Ainaa tengok orang post kucing peliharaan mereka, kebanyakkannya mesti yang jenis kucing-kucing mahal tu. Tertanya juga, dia orang ni pencinta kucing yang sebenarnya ke? Sebab ramai je kan yang mengatakan dirinya pencinta kucing padahal yang mahal-mahal tu je yang kau suka. Kucing jalanan yang berkurap luar sana atau kucing-kucing kampung tu memang tak dipandang langsung malah kau jijik pula ya dengan kucing-kucing tu. Huh! Tak faham sebenarnya dengan orang-orang macam ni. Lebih baik kau tak payah laa nak mengaku pencinta kucing sangat padahal hakikat sebenar hanya suka kan kucing yang mahal-mahal dan comel.

Seumur hidup Ainaa yang suka kan kucing sejak azali lagi dan memang dari kecil dah bela bulus-bulus ni.... tak pernah lagi BELI KUCING. Ainaa hanya pernah bela kucing kampung, kucing jalanan yang dibuang dan si bulus ini datang ke rumah jadi Ainaa ambil dan bela. Ada juga bela kucing yang orang bagi kat Ainaa. Kan banyak lagi kucing yang terbiar di luar sana tu, buat apa la pergi beli dan ada yang sampai import kucing dari overseas. 'PENCINTA KUCING LAH SANGAT' kan mereka ni. Tak tuduh siapa-siapa, nak beli dan bela kucing tu boleh je tak ada masalah. Ainaa hanya tuju kepada PENCINTA KUCING FAKE, yang kucing mahal-mahal sayang tapi yang jalanan ni jijik pula.

9 Comments

  1. betul tu sis. kadang2 tengok dalam gambar dekat media sosial, semua kucingnya yang bulu bersih, kucing import dari pelbagai negara. jarang ada yang ambil kucing dari jalanan untuk dibela. apa diorang tak layak ke untuk dibela kan

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/02/kenapa-ibu-sorok-spicy-korean-ramen-elsa.html

    ReplyDelete
  2. hhuuh nie satu kenyataaan..Saya selalu sharing di kelab kucing tu jika berkaitan dengan kucing - kucing yang perlukan bantuan seperti kcing - kucing terbiar dan berusaha cuba share semua mana - mana shelter yang sah yang juga perlukan bantuan tapi sememangnya majoriti mereka hanya berminat pada kucing - kucing yang mereka beli...

    ReplyDelete
  3. Pakcik puan ada banyak bela kucing.
    Kebanyakannya kucing kampung biasa aje.
    Lagi senang nak bela sebab tak banyak karenah dan tahan lasak.

    ReplyDelete
  4. akak tak bela . tapi kat rumah akak , kucing datang sendiri .
    sekarang ni mmg dorang tidur , makan semua kat rumah akak .
    tapi betulla point ainaa tu . sebab belum tentu dorang ada rasa sayang sama dengan stray cats .

    ReplyDelete
  5. betul...pencinta kucing sebenar kalau tengah makan kucing minta makanan kita kongsi lah sikit makanan kan?

    ReplyDelete
  6. kucing2 saya dibela bebas sbb dekat kampung...semua dah hilang....huwaaaaaaa

    ReplyDelete
  7. setuju kak aina. kesian kat kucing jalanan. rasanya daripada beli kucing mahal2x, baik bina satu tempat khas utk kucing jalanan supaya mereka ada tempat tinggal.

    ReplyDelete
  8. Setuju dengan point awak. Ramai yang macam ni, kucing mahal sanggup beli, kucing lapar kat restoran disepak2nya dia macam kucing tu sampah. Alaa bila fikir pun sedih.. T_T

    ReplyDelete