Hadiah Buat Ibu Tersayang

hadiah buat ibu tersayang, birthday mami, mami, surprise bithday


Ibu, ummi, mama, mak, mommy. Satu panggilan istimewa buat insan yang telah melahirkan kita, yang tabah membesarkan kita dari baby lagi dan hingga sekarang walau dah besar pun kita masih memerlukan insan yang bernama ibu. Untuk mak Ainaa yang Ainaa panggil mami, minggu lepas adalah hari jadinya dan untuk birthday mami tahun ini.... Ainaa sendiri yang beli hadiah guna duit sendiri. Biasanya sebelum-sebelum ini tumpang je abang-abang dan kakak ipar yang belanja mami makan dan beri hadiah. Tapi tahun ini Ainaa yang plan sendiri, beli hadiah tu diam-diam tanpa berkomplot dengan adik beradik. Yalah, Ainaa pun teringin juga nak bagi kat mami sesuatu berharga dengan menggunakan duit kita sendiri walaupun Ainaa ni masih belajar.

Dalam hati ni selalu terniat, suatu hari nanti kalau dah mula kerja memang nak je bagi gaji pertama tu kat mami abah. Tapi lambat lagi nak tunggu dapat kerja, belajar pun tak habis lagi. Dah alang-alang sekarang pun Ainaa ada buat bisnes online kecil-kecilan... Alhamdulillah, dapat juga bagi surprise hadiah kat mami dan mami pun suka! Ainaa gembira bila tengok mami pun suka dengan hadiah yang Ainaa beri.

hadiah buat ibu tersayang, birthday mami, mami, surprise bithday


Mula-mula Ainaa ingat nak guna khidmat birthday yang orang selalu buat tu, yang penghantaran bunga coklat sampai ke pintu tapi bila fikir balik mami bukannya suka sangat dengan benda macam tu. Jadi memandangkan mami suka sangat shopping bag, Ainaa pun cari lah handbang di laman web Zalora dan order diam-diam. Bila sampai je bungkusan atas nama mami memang heboh dalam group whatsapp anak beranak sebab mami tanya siapa yang bagi tapi semua pakat tak mengaku. Dan Ainaa terus diamkan diri sampai la Ainaa pergi tersengih-sengih depan mami jadi mami dengan abah dah tahu la yang bagi tu Ainaa. Cuma adik beradik yang lain je tak tahu sebab abah pun pandai komplot dengan anak perempuan dia. 

Selesai buat surprise kat mami, nanti nak kena plan untuk abah pula. Kau orang ada cadangan tak kalau nak beli hadiah birthday untuk ayah kita, apa yang patut dibeli selain daripada pakaian dan jam tangan? 

11 ulasan:

  1. hehehe mesti seronok mami tu dapat surprise handbag. Kalau untuk lelaki syed rasa kasut pun boleh kot? baju ke? haha.

    BalasPadam
  2. wahhhh.. bestnyee.. hehehe.. Nurul bagi idea, bagi perfume dexandra :D Kalau nak boleh contact Nurul :D


    jemput join segmen ye :)
    http://www.syahirahvaliant.com/2017/02/segmen-review-blog-by-syahirahvaliantcom.html

    BalasPadam
  3. comel la aina..hehe bestkan dapat kasi hadiah dekat parent kita..rasa macam satu kepuasan yang tersangat..hehe

    BalasPadam
  4. wahhh bestnyaaa..

    untuk ayah tu, belilah kan apa yang dia suka hehe
    -kasut
    -aksesori kereta
    -buku
    -pakej percutian
    -masak sendiri kegemaran ayah
    -al-quran digital
    -belanja makan
    -cawan yang siap nama ayah
    -lukisan wajah ayah
    -jalan-ii
    -shopping
    -buat jamuan + doa/yasin
    -byk lagi

    BalasPadam
  5. Hb buat mami Aina.
    Semuga panjang umur, lumayan rezeki dan bahagia selalu.

    BalasPadam
  6. mest mak sis seronok sebab dapat hadiah ..

    BalasPadam
  7. 1 kepuasan kan bila tengok kegembiraan di wajah ibu ayh kita...

    BalasPadam
  8. Org laki ni mmg x de cdgn lain selain jam tgn. Nk nmpk lain jam dinding lah.

    BalasPadam
  9. Salam Hari Lahir buat Mami juga... Hadiahkan baju raya, dah nak dekat raya ni... hehe

    BalasPadam

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.