Tabiat Suka Makanan Masam

makanan masam, masam, tabiat suka makanan masam, sour, mengidam, jeruk, ibu mengandung


Orang kata perempuan mengandung saja yang suka makan makanan masam ini tetapi ada juga teori yang mengatakan hanya perempuan yang sukakan makanan masam. Masam yang bukan masam seperti buah apple tapi masam yang sangat masam seperti buah tamarind. Ainaa dalam kategori yang suka makanan masam, suka sangat-sangat sampai kalau tengok je apa-apa makanan atau minuman yang masam mesti kecur air liur dan mula la tercari-cari. Seperti buah mangga muda ke atau orang Kelantan panggil buah pauh. Yang itu memang favourite Ainaa sangat-sangat lebih lagi kalau buah pauh itu dicicah dengan budu ke, buat sambal bilis pedas pauh ke. Aduhai, sedapnya! Tengah menaip entry ni pun Ainaa dah telan air liur ni.


BETUL KE MAKANAN MASAM TAK ELOK?

Hah betul ke makanan masam ni tak elok untuk minda? Ainaa selalu kena marah dengan mak sebab bila waktu exam pun Ainaa akan cari makanan masam sebab katanya makanan masam ini boleh mengurangkan daya ingatan. Ainaa tak tahu benda ini betul atau tak tapi banyak juga lah larangan dari orang tua-tua supaya jangan makan makanan masam. Ada juga yang kata makanan masam tidak elok untuk perkembangan otak kanak-kanak dan juga tidak elok untuk pencernaan. Mungkin la ada betulnya tapi nak buat macam mana, kita memang dah addicted dengan benda-benda masam ni sama juga dengan makanan yang pedas berapi. Lain orang lain tabiat. Ada yang boleh makan masam dan ada juga yang tak boleh makan masam-masam.

makanan masam, masam, tabiat suka makanan masam, sour, mengidam, jeruk, ibu mengandung

makanan masam, masam, tabiat suka makanan masam, sour, mengidam, jeruk, ibu mengandung


Tengok gambar atas tu nampak sangat kan memang Ainaa suka masam-masam. Stok yang mampu bertahan itu je, kalau buah pauh ke manggis ke memang kejap je ghaib. Makanan suka yang masam-masam dan air pun suka yang masam juga. Dapat minum jus oren ke air apple ke tengah hari yang panas ni sedap juga. Tapi itu semua kalau ada kat rumah di Kelantan, boleh la nak makan sedap-sedap macam tu. Ini dah ada kat hostel memang jarang-jarang la dapat makan. Tak sabar pula nak tunggu cuti sem bulan tiga ni boleh balik kampung makan buah pauh (padahal baru je mula semester). Apa pun selamat bercuti dan pulang ke kampung bagi yang balik. Sesiapa yang tak balik macam Ainaa ni selamat mereput. Huuuu.

5 ulasan:

  1. Masa study tak makan sgt Makanan masam... Masa mengandung kalau teringin sgt baru makan... Mmg jaga sikit bab makanan masam ni..

    BalasPadam
  2. haaa...masam tu! Cicah dengan budu? Wah..mesti pelik.

    BalasPadam
  3. perghhhh... xminat sgt msam2 ni... mmg sng je perut memulas.. haha

    p/s : hi... sy dtg blogwalking dan sy dh follow blog comel awk ni.. hope awk sudila juga follow blog baru sy ye.. :D ty..
    banyak info menarik yang saya kongsikan di www.1001petua.com .. InsyaAllah, awk pasti tak kan menyesal.. :D

    BalasPadam
  4. Hee..dylah ponn minat sangat dengan masam..Cicah dengan kicap letak cili api banyak-ii..

    Jum baca disini -->http://cikdylah.blogspot.my/2017/01/jeruk-dan-aku.html

    BalasPadam
  5. Cuba makan sambil tengok cermin... hehe.. Mesti berkerut je dahi...

    BalasPadam

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.