Aduhai sakitnya ulser dalam mulut ni. Tiga empat hari ini tiba-tiba je panas selepas hujan lebat berminggu-minggu membuatkan tekak rasa kering dan mula lah timbul ulser di dalam mulut. Kalau ada ulser di bahagian gusi dan lidah pun kita dah rasa sakit dan mood terus ke laut, apatah lagi kalau ulser teruk di kerongkong. Siapa pernah kena ulser di kerongkong? Ainaa ingat lagi pernah terkena ulser teruk di kerongkong selama seminggu kebetulan pula masa tu exam akaun dan add math SPM! Bila terkena ulser di kerongkong ini lagi susah untuk kita makan minum dan air liur sendiri pun kalau telan rasa sakit yang amat. Lagi sedih bila perut lapar tapi kita dapat makan dan minum apa-apa. Betapa seksanya bila ada ulser di dalam mulut. Tak ramai yang tahu cara merawat dan menghilangkan ulser sebab kebiasaannya orang akan biarkan ulser sehingga sembuh sendiri. Tapi apabila terkena ulser teruk sanggup ke kita biarkan?


ulser, ulser mulut, ulser teruk, cara merawat ulser, pecah mulut, pecah bibir, cara-cara untuk menghilangkan ulser mulut, cara untuk menghilangkan ulser



PUNCA BERLAKU ULSER DALAM MULUT :

Yang selalu kita dengar orang tua-tua cakap ulser ini disebabkan badan kita kekurangan air dan menjadikan badan kita panas dan lapisan nipis dalam mulut mula pecah. Tetapi ada juga sebab-sebab lain kita tidak tahu antaranya:

- Kecederaan yang berlaku pada lapisan nipis mulut seperti tergigit, air/makanan terlalu panas.

- Kekurangan zat (segala jenis vitamin B dan zat besi)

- Stress

- Alahan kepada makanan seperti nanas

- Penyakit seperti SLE dan penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman

- Pengambil ubat seperti steroid dan anti-histamine (ubat selesema)

- Kesan radioterapi dan kimioterapi




CARA - CARA UNTUK MENGHILANGKAN ULSER :



1) MINUM AIR DALAM KUANTITI YANG BANYAK


ulser, ulser mulut, ulser teruk, cara merawat ulser, pecah mulut, pecah bibir, cara-cara untuk menghilangkan ulser mulut, cara untuk menghilangkan ulser

Kita disarankan untuk mengambila sekurang-kurangnya 8 gelas atau lebih kurang 2 liter air sehari untuk keperluan tubuh. Jadi, untuk mengelakkan masalah ini daripada berulang minumlah air masak secukupnya. Malah, kebanyakan masalah kesihatan berpunca daripada kekurangan air dalam tubuh.

2) MENGGUNAKAN GARAM


ulser, ulser mulut, ulser teruk, cara merawat ulser, pecah mulut, pecah bibir, cara-cara untuk menghilangkan ulser mulut, cara untuk menghilangkan ulser


Ini adalah cara tradisional dan pilihan ramai sejak dulu lagi. Anda boleh berkumur dengan air garam selama dua atau tiga kali sehari untuk mengurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan akibat luka di mulut. Cara ini merupakan cara untuk ulser mulut anda sembuh dengan cepat, namun anda perlulah menahan sakit ketika berkumur. Air garam juga dipercayai dapat mengurangkan jangkitan pada mulut.

3) MINUM AIR KELAPA

ulser, ulser mulut, ulser teruk, cara merawat ulser, pecah mulut, pecah bibir, cara-cara untuk menghilangkan ulser mulut, cara untuk menghilangkan ulser


Berjemur di bawah panas atau bekerja di lokasi panas matahari boleh menyebabkan suhu tubuh panas berlebihan.Air kelapa dipercayai dapat menurunkan suhu badan menjadi lebih sejuk. Selain dapat menstabilkan suhu dan menyembuhkan ulser,ia juga bagus untuk kesihatan.

4) GUNAKAN AIS KIUB

ulser, ulser mulut, ulser teruk, cara merawat ulser, pecah mulut, pecah bibir, cara-cara untuk menghilangkan ulser mulut, cara untuk menghilangkan ulser


Ini juga tips yang boleh kita cuba iaitu meletakkan ketul ais atau kiub ais untuk meredakan bengkak dan denyut pada tempat serawan itu. Sebenarnya, ais ini lebih kepada mengecutkan serawan agar tidak membengkak dan mengurangkan radang (inflammable).

5) MADU LEBAH

ulser, ulser mulut, ulser teruk, cara merawat ulser, pecah mulut, pecah bibir, cara-cara untuk menghilangkan ulser mulut, cara untuk menghilangkan ulser


Madu sangat berkesan untuk mengubati ulser mulut. Anda hanya perlu letakkan madu di ulser tersebut sekaligus menyebabkan ulser tersebut semakin mengecut. Petua ini juga sangat sesuai dengan kanak-kanak.



Selain daripada cara-cara di atas, boleh juga beli ubat tahan sakit di farmasi seperti Bonjela (untuk orang dewasa) dan Aloclair Spray (untuk kanak-kanak). Bonjela tidak sesuai untuk kanak-kanak sebab ia agak pedih untuk kanak-kanak. Tapi ubat-ubat seperti ini Ainaa tak berapa suka sebabnya membuatkan mulut kita atau bahagian yang disapu akan terasa kebas dan hanya kejap saja kesannya, selepas itu akan sakit semula. Tapi mana-mana lah yang selesa untuk diri masing-masing, kalau dah teruk sangat memang pergi ke klinik dan dia akan beri ubat seperti ini.


(sumber: wom.my dan celikvitamin.com)

9 Comments

  1. Haisss mintak jauh la ulser ni.. Seksa wooo.. Nice sharing ainaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang siksa...saya selalu kena...tergigit lidah kiri kanan serentak masa tidor...tergigit pulak bibir atas bawah...skrg tanggung empat kesakitan serentak...nak ckp pun sakit...

      Delete
  2. Guna madu ok kot.
    Guna ais bimbang tertelan.
    Mati nanti

    ReplyDelete
  3. Ada org ckp mkn ais krim vanilla... hehe...

    Perkongsian yg baik.. boleh cuba kalau kena ulser....

    ReplyDelete
  4. Stress pun salah satu punca kan. Kalau dah kena seksanya lah.

    ReplyDelete
  5. Sakitnyaa sekarang ulser kat mulut dah keluar agak agak nya bila nak hilang ya?

    ReplyDelete
  6. Sy sekarang tgh kena ulser dekat bibir.. da seminggu xbaik2.. sakit ..smpai demam panas.. xtahan

    ReplyDelete
  7. Ni haa..lepas mkn ubat demam urat beli kt farmasi,ok pastu dah mula jadi ulser dlm mulut keliling & lidah bhgian depan sekali..aduihh mak aii siksa giler nk telan air pun pedissss...nk kumor amik wuduq pun siksa...

    ReplyDelete