petua hilangkan parut, cara-cara menghilangkan, parut lama, parut luka, bio-oil


Parut ini biasanya disebabkan luka yang telah sembuh seperti luka jatuh, luka terkena pisau, luka kulit gatal, melecur terkena air/minyak panas atau apa-apa saja luka yang meninggalkan kesan parut di tubuh badan kita. Kalau dalam kalangan perempuan, parut jerawat la yang menjadi musuh utama. Dah nama pun parut jerawat, mesti la di muka kan parut itu 'mencacatkan' muka kita yang dah lawa ni. Ada juga parut lama terkena masa kecil atau pun dah dewasa yang melekat di kulit badan. Malu kan kalau kulit kita berparut. Kalau parut di kaki dan badan tu boleh la sembunyi dari kawan-kawan tapi bila kahwin nanti mestilah pasangan kita akan nampak juga.

Aish, malu la kalau dibiarkan parut macam tu je. Tak nak lah orang mengata kita, "Eh muka lawa tapi kaki penuh parut" atau "Geli aku tengok muka dia penuh parut weh". Sudah tentu la kita akan merasa sakit hati kalau orang mengata macam tu tapi kita bersedih je sebab orang kata benda betul. No, no! Mana boleh dibiarkan! Kita kena usahakan cara untuk hilangkan parut yang mencacatkan kulit kita. ini. Ainaa pun dulu-dulu masa kecik jenis lasak jadi parut tu tak usah cakap memang ada. Tapi itu dulu-dulu, zaman hingusan. Sejak Ainaa ada jumpa satu cara ini untuk hilangkan parut, memang kulit dah licin, bebas dari parut! Kawan-kawan siap dengki lagi tau sebab kita tak ada parut. Hehe. Sebelum Ainaa share cara yang Ainaa praktiskan, mari Ainaa kongsi dulu petua dari blogger Eray Majid yang Ainaa ambil dari blognya.


PETUA HILANGKAN PARUT HITAM - ERAY MAJID


1) Scrub

Salah satu cara. boleh scrub muka. Boleh gunakan bahan-bahan yang natural. Macam lemon, gula dan tomato. Nak scrub kena tunggu jerawat reda, selepas gunung berapi meletop. Lakukan secara konsisten, mungkin jika baru buat seminggu hasilnya masih belum ada. Konsisten buat, insyaallah akan nampak kesannya.

2) Guna Madu

Campurkan madu ke dalam bedak sejuk. Dan tepekkanlah di muka anda. Buat dengan kerap, sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

3) Kayu Manis

Hah ini pun bagus. Tambah lagi baunya yang wangi. Tumbukkan beberapa batang kayu manis, sampai jadi serbuk. Lepas tu letakkan sedikit air. Jadikan 'paste' dan letakkanlah di bekas jerawat. Lakukan secara kerap. Atau boleh gantikan air dengan madu. Caranya masih sama, tampalkanlah pada bekas jerawat.

4) Timun

Selain baik untuk hilang mata 'panda' a.k.a dark circles, timun juga baik hilangkan parut hitam di muka. Kisar timun, tapiskan air. Dan tepekkanlah hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Muka akan rasa lebih 'fresh' dan tegang. Jika buat selalu, parut di muka akan pudar.

5) Daun Senduduk

Nie kalau rumah anda ada daun nie. Boleh guna beberapa helai, campurkan cekur dan segenggam beras. Guna batu giling (kalau ada) atau tumbukkan sampai lumat. Dan siap letakkan di muka yang ada parut. Lebihan boleh simpan dalam peti ais untuk ulang guna. Jangan buang, membazir.

6) Guna Sirih

Banyak kelebihan daun sirih. Selain baik untuk penjagaan kewanitaan, sirih juga baik untuk parut degil. Tumbuknya beberapa helai daun sirih. Tempelkan pada muka yang ada jerawat. Tunggu sehingga kering. Kemudian bilaslah muka dengan air bersih. Amalkan secara konsisten.



CARA HILANGKAN PARUT - NIK AINAA


petua hilangkan parut, cara-cara menghilangkan, parut lama, parut luka, bio-oil

BIO-OIL. Ya, sejak Ainaa ambil berat pasal kecantikan dan tak suka tengok parut zaman kecik ini... Ainaa guna Bio-Oil yang memang famous untuk minyak hilangkan parut. Mula-mula dulu Ainaa guna bio-oil, Ainaa rasa Bio-oil ni mahal (tak mahal mana pun sebenarnya, dalam RM30 lebih) sebab botol kecil je time beli tu. Tapi bila dah pakai dan Ainaa nampak kesan dia yang terbaik, terus hilang rasa bio-oil ni mahal. Harga berbaloi dengan kesannya!  Paling best bila parut-parut lama dah hilang sepenuhnya. Sukanya lahai.

Sejak itu, memang Ainaa pengguna setia bio-oil. Kalau tumit kaki rasa pecah Ainaa guna bio-oil, ada parut kesan terkena pisau guna bio-oil, ada kesan lebam hitam di pergelangan tangan (disebabkan pegang mouse dan tangan bergesel dengan mozek) guna bio-oil, kulit mengelupas pun Ainaa akan guna bio-oil ini sebab kesannya memang menjadi. Ada hari itu tiba-tiba je kulit wajah rasa terlalu kering dan ada parut ruam di dahi.... Terus Ainaa sapu bio-oil di seluruh muka. Dua tiga hari je lepas guna baru perasan dah tak ada kulit mengelupas dan parut ruam. Best kan guna bio-oil ni.

Sesetengah orang mungkin tak suka guna bio-oil sebab berminyak tapi boleh je kalau kau orang pakai bila waktu malam, dah nak tidur kan kisah apa rasa berminyak pun. Nak cantik nak hensem kena la berkorban sikit. Kawan Ainaa ada juga tanya boleh ke pakai di muka? Hmm... Tak ada pula Ainaa tengok larangan guna bio-oil di muka tapi larangan jangan sapu di tempat luka tu adalah. Lagi pun selama ini Ainaa sapu di muka tak ada hal, tak ada kesan buruk. Tapi kalau nak sahkan, boleh tanya di farmasi.

Ainaa sangat-sangat syorkan pada sesiapa yang nak hilangkan parut atau masalah seperti yang Ainaa alami untuk menggunakan Bio-oil. Mungkin kalau nak hilangkan kesan parut itu ambil masa sikit tapi yang pasti memang menjadi cuma kena sabar je. Daripada kau orang beli produk lain yang mahal-mahal tapi kesannya nahi, lebih baik guna bio-oil. Tetapi kalau kau orang ada masalah kulit yang sensitif, lebih elok minta pendapat dengan doktor masing-masing. Tanya sama ada bio-oil sesuai tak dengan kulit kau orang. Yang mana kulit jenis semua produk okey, boleh cuba guna bio-oil.

13 Comments

  1. Wah, bagus tips ni! Memang tengah cari tips macam ni, hehehe. Nak cari la bio oil lepasni! :D
    New Update: How My Senior Year?

    ReplyDelete
  2. suka jugak guna bio oil..tapi dh lama tak pkai..hehe

    ReplyDelete
  3. Bio oil ni kan yg sllau iklan dekat tv tu ?? Murah jg kan rm 30 lbh. pesal adik nak bli ari tu hrga rm80 ++ xjadik dia bli. Ke lain jenama kot yg dia nmpk

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah yg selalu iklan dlm tv tu. 30 lebih tu botol kecil je. yg besar lupa brp tapi rasanya xde lah sampai 80+. try tanya di farmasi

      Delete
  4. Panduan berguna untu penjagaan kulit.

    ReplyDelete
  5. Sis pun antara pengguna tegar bio oil nie. :)

    ReplyDelete
  6. Sis kalau pakai tu dekat area yang ada parut or satu tangan? Tangan i banyak gila bekas cakar kucing & tak pudar langsung parutnya. I pun guna bio oil tapi tak nampak kesan langsung! Dah separuh botol guna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je nak sapu tempat parut atau satu tangan asalkn jgn ada luka. Saya masuk botol kedua pun bru dpt kesan dan satu botol tu setahun kut saya guna (mmg jarang² letak sbb malas hehe). Kesan nk hilang parut ni memng lambat... kena sbr byk skit hehe tapi kalau sis guna nnti lama2 memng akan hilang. InsyAllah.

      Delete
  7. Sy pun guna bio oil. Dekat 2 bulan dah. Alhamdulillah parut melecur terkena minyak panas dah makin pudar. Tapi siyes jimat sy guna botol kecik je. Baki dlm botol lebih kurang 3/4 hahaha sbb sy hanya sapu kt bahagian parut je. Sgt recommend bio oil bagi yg baru nk mencuba produk utk hilangkan parut :)

    ReplyDelete
  8. Kalau parut yg terkena eksos motosikal boleh x

    ReplyDelete
  9. Kalau kaki terkena eksos moto pastu ada parut boleh x guna,tgh buntu ni cmne nak hilangkn T_T

    ReplyDelete
  10. Sis kalau kesan parut yang dah lama boleh ke hilang?

    ReplyDelete