Alhamdulillah, setelah lima tahun berlalu akhirnya Ainaa ketemu juga dia. Siapa dia? Salah seorang geng Ainaa masa darjah enam yang hilang khabar dan hilang jejak begitu saja selepas keputusan UPSR lima tahun yang dulu. Sekarang bila masing-masing dah berumur 18 tahun, baru tadi Ainaa terjumpa dia punya instagram dan wecha. 

Ainaa apa lagi terus add dan hubungi dia. Nasib akaun wechat dia masih aktif dan dia balas mesej Ainaa. Nasib baik juga dia masih ingat Ainaa. 



Group BFF EX-SKPPG tu dah lama ada cuma kawan lama Ainaa yang baru dapat berhubung dengan dia je tak ada. Usaha gigih Ainaa cari dia selama bertahun ni, nak call tak ada nombor. Nak ke rumah dia dah pindah. Ainaa sampai search nama dia di google dan semua media sosial yang ada. Tapi baru hari ini ada rezeki walaupun mula-mula Ainaa was-was nak add sebab muka lain.

Yalah, hampir enam tahun kut tak jumpa. Last jumpa pun masa tu umur 12 tahun, sekarang dah 18 tahun. Tempoh waktu semua sedang membesar dah tentu muka pun dah lain.

Tapi bulan depan dia dah nak kahwin dah. Entah bila dapat berkumpul dengan semua. Rindu sangat. Rindu yang hampir enam tahun sudah tertanam.

3 Comments

  1. Wah.. Lama tuh lima tahun tu..

    ReplyDelete
  2. Media sosial byk jg jumpa kenalan lama kan

    ReplyDelete
  3. oo rezeki laa dapat jumpa lagi..tu laa sebabnya akak letak nama penuh dekat FB mana tau ada kwn2 lama teringat akak nak add akak..hihihi

    ReplyDelete