Susahnya nak buat entry untuk cabaran kali ini. Kenapa? Sebab Ainaa jarang makan pagi. Kelas asyik mula jam 8 pagi jadi jam 7:30 biasanya Ainaa dah pergi kelas. Tapi sebenarnya memang dari dulu lagi Ainaa tak suka breakfast. Hehe. Cuma sejak masuk asasi ni, adalah jugak rajin sekali dua pergi breakfast dengan kawan-kawan itupun kalau kelas mula lewat macam hari Jumaat. Kelas hari jumaat Ainaa mula jam 10 pagi. Dan kalau Ainaa breakfast, Ainaa akan makan ni,


Lepas tu dalam kelas mula la rasa mengantuk lagi-lagi kalau masa tu kelas subjek Islam And Other Religion. Fuh, memang sedap je tidur tapi nasib baik Ainaa jenis tak pernah tidur dalam kelas. Paling-paling la tersenguk-senguk je. Nampak sangat kan Ainaa ni budak baik? =P


Tak pun kalau Ainaa lapar sangat pagi tu dan tak sempat nak pergi makan, Ainaa beli je roti gardenia yang dulu Ainaa panggil roti 50 sen. Sekarang dah jadi 85 sen, dah naik dah. Haih.....

4 Comments

  1. erm banyak roti beli sampai 4 hi3.....
    nik biasa tgh hari baru makan nasi....
    pagi x de kelas tidurlah jawapnya hi3

    ReplyDelete
  2. feveret breakfast nasi lemakk...folo ya #1780

    ReplyDelete
  3. ADUHAI, NGA DIET NIH, TGK NASI LEMAK PULAKKK, SOBSSS ! HAHAHA~

    SINGGAH SINI, JOIN GA CIK EN, ALSO SPONSOR,~

    roti tuhh, i loike tooooo, yg coklat ounye....huuuuuu, sedap.tp nga diet, x boleh lg, sobsss lagiii

    ReplyDelete
  4. sedapnya gardeniaaa,,tp jarang2 dpt makan sejak duduk jauh..

    ReplyDelete