AFB FEEDS

Kemenangan 10-5

Sakitnya kaki........ Haaa ini sebab semalam, kami dari Hisbah Siti Hawa dari Mahallah Aisyah ada pertandingan bola jaring sesama Lines Up a.k.a AJK. Ainaa dengan kawan-kawan sebilik join pertandingan netball ni dan kami semua satu kumpulan. Lagi dua orang team kami ialah fellow kami, Madam Raudhah dan senior kami, Kak Imanina. 


Ainaa sebenarnya dah lama tinggalkan dunia bola jaring ni. Sejak sekolah rendah lagi. Itu yang tak berapa yakin nak main tapi dengan adanya team yang lain, alhamdulillah kami menang. Kami juara. Dengan kemenangan 10-5.


Tahniah kepada semua team kami, Ana, Rara, Dekma, Ecana, Kak Nina, Madam Raudhah dan Ainaa sendiri. 

Ainaa dengan roommates, semuanya sakit-sakit badan. Sakit lutut. Nak solat pun rasa sakit sebab lutut luka dan lebam. Nak ke kelas lagilah, kena naik tangga tu..... Fuuuhhh rasa macam kesusahan nak mendaki Gunung Kinabalu. Terketar-ketar macam nenek tua. Nasib laa. Nasib baik jugak menang. Jadi rasa sakit tu kita kira buat rasa sedap jelah. Hehe

You Might Also Like

1 Surat Cinta

  1. main netball memang tak sah kalau tak sakit kaki hehe

    Aishah

    ReplyDelete