AFB FEEDS

#Cabaran20Hari : Memori Raya Zaman Kanak-Kanak

Memori raya zaman kanak-kanak, paling best sebab selalu dapat duit raya. Kikiki Yang peliknya, dah besar ni jarang dah orang bagi duit raya tapi sejak dah besar ni jugaklah kutipan duit raya banyak berbanding zaman kanak-kanak dulu. Wohooo.

Ok, cerita raya zaman kanak-kanak ni... selalu dapat baju raya lebih. Paling tak tahan, baju t-shirt pun boleh beli buat baju raya. Sampai tujuh lapan pasang kesemuanya baju raya. Nampak tak ketamakkan di situ masa zaman kanak-kanak? Kah! Zaman yang tidak hiraukan apa-apa yang penting, RAYA!

Tapi itu semua dah berlalu. Raya zaman sekolah rendah. Mula je ke tingkatan, baju raya hanya baju kurung dan jubah. Dan semakin lama semakin kurang baju raya. Dah besar kan jadi kita tak nak bebankan mak ayah.

Zaman kanak-kanak, mak buat biskut raya, Ainaa makan. Kadang-kadang tak sempat nak hidangkan untuk tetamu dah habis dimakan. Haha

Tapi yang paling penting, raya zaman kanak-kanak tak sama dengan raya zaman dah besar panjang ni. Perasaandan keseronokan dia tu lain sikit. Hmm

gambar hiasan

You Might Also Like

1 Surat Cinta

  1. Betul tu , dulu masak kecik2 semua mak ayah sediakan. sekrg dah besaq kita sediakna sendri . nak jadi kecik balik !!! eh . hehee

    ReplyDelete