AFB FEEDS

11 Jam Tersangkut Dalam Jammed

11 jam tersangkut dalam jammed?? Kat mana lagi kalau bukan di Kelantan yang memang akan sesak bila tiba musim raya. Tapi Ainaa rasa tahun ni jammed paling teruk.

Ini bukanlah pengalaman Ainaa tersangkut jammed selama 11 jam, tapi kawan-kawan Ainaa yang juga bertolak dari Kota Bharu nak ke Petaling Jaya semalam. Abang Ainaa ikut jalan Terengganu, tak lalu Gua Musang.

Yang Ainaa tahu kawan cakap, jam 10 pagi bertolak dari Kota Bharu dan jam 9 malam masih ada kat Gua Musang! Dasyat sangat kan? Dari KB ke Gua Musang 11 Jam?? Pergh. Teruk-teruk!

Nasib baik abang Ainaa ambil keputusan nak lalu Terengganu sebab dah tahu Gua Musang jam tapi tak sangka teruk macam ni.


Semua ni terjadi mungkin sebab kereta api di Kelantan dah diberhentikan dan semakin ramai yang berhijrah kerja kat luar kan. Mungkin. Apa-apa pun lepas ni kena balik ikut Terengganu kalau musim perayaan. Tak sanggup nak sangkut dalam jammed macam ni.

You Might Also Like

2 Surat Cinta

  1. Akak hari tu balik hari rabu dari Pahnag ke KL sebab tahu jalan sesak selasa tu

    ReplyDelete
  2. this is kelate . sebb tu kalau raya mmg takkan g kelate. smpai seminggu raya pon masih jammed

    ReplyDelete