Ya Allah.... Terharunya dengan kawan aku yang seorang ni! 


emoticon pun lawak lah. hahahaha


Ceritanya, petang tadi Ainaa sekeluarga keluar ke pantai PCB, Pantai Cahaya Bulan. Saja-saja nak ambil angin pantai sambil makan keropok. Otw kesana, seorang kawanku ini whatsapp kata nak datang ke rumah. Nak hantar novel yang dia pinjam. Sebab Ainaa tak ada kat rumah, dia mintak izin nak tinggalkan dalam bakul motor.

Dan, balik je.... Sampai rumah tu. Mula-mula tak nampak pun novel Ainaa tu, tapi ternampak satu kotak warna putih. Turun je dari kereta terus pergi dekat motor dan tengok-tengok,


my fevret!! >___<


TERHARUNYA DENGAN KAWANKU INI!!! Dahlah haritu, dia pulangkan novel siap bagi oreo. Kali ni bagi big apple donut pula. Ya Allah.... Thank you very much, sahabat! = )


Kenapa Ainaa buat entry ini? Mungkin bagi kau orang, biasa-biasa saja. Tapi bagi Ainaa, sangat-sangat terharu masih ada kawan yang pandai berbudi! Sebabnya, zaman sekarang memang susah nak jumpa remaja yang pandai berbudi macam ni. 


Ada remaja pergi rumah kawan bawa buah tangan? 

Ada remaja pinjam barang kawan, then pulangkan sekali dengan sesuatu tanda terima kasih?


Kalau ya ada, tak ramai! Tahu sangat dengan perangai remaja sekarang. Ainaa sendiri jarang-jarang buat macam ni. Tapi kau orang jangan salah faham. Bukanlah kita mengharapkan sesuatu daripada rakan kita. Ainaa sendiri terkejut masa kawan Ainaa bagi ini semua dan langsung tak pernah terfikir nak dapatkan balasan daripada diorang. Langsung tak!


Cukup sekadar berterima kasih dah buat kita tersenyum. 


Yang Ainaa nak tegur. Jenis yang pinjam barang orang, tak pulangkan. Takpun barang rosak then langsung tak berusaha nak ganti! Grrr..... Sabor jelah. Tapi setakat ni, alhamdulillah. Kawan-kawan semua bertanggungjawab jaga dengan sempurna. Kotor sikit atau berlipat hujung-hujung tu kita tutup mata jelah. Hal kecil je tu. 

Ingat ya wahai sahabat-sahabatku dan diriku sendiri. Dengan orang, kita kena pandai berbudi. Tak kira dari tutur kata atau tingkah laku. Lebih-lebih lagi dengan orang yang lebih tua daripada kita.


BERBUDI BAHASA AMALAN KITA : )

13 Comments

  1. tak ramai aina yang macam tue,tapi insyaAllah semoga kita sentiasa berbudi bahasa

    ReplyDelete
  2. sedapnya big apple . feveret saya jugak.

    ReplyDelete
  3. baiknya kawan ainaa..betul tu,tak semua yg boleh buat mcm tu..tapi bergantung kpd mereka jugak la..yg penting hati kena ikhlas..hihi :) :)

    ReplyDelete
  4. as salam. semoga persahabatan ainaa dgn sahabat itu akan berkekalan selama2nya...

    ReplyDelete
  5. untungkan dapat sahabat macam tu =)

    ReplyDelete
  6. Untung dapat kawan yang bertimbang rasa & prihatin macam tu :)

    ReplyDelete
  7. Untunglaaa ada sahabat sweet camni kan kan kan Ainaa..Akif pon suka BIG APPLE tuuu hehhee

    ReplyDelete
  8. susah nk dpt kawan yg baik dan mehamami kan ainaa

    ReplyDelete
  9. baik dia siap kasi big apple lagi.. untung dapat kawan macam tu :)

    ReplyDelete