Drama Teman Lelaki Upahan (Adaptasi Novel)
Assalamualaikum. Lama betul tak update pasal drama adaptasi novel. Asyik cerita peribadi je. Macam lah ada orang layan. Haha Kali ini drama adaptasi di Slot Akasia. Adaptasi dari novel Teman Lelaki Upahan dan penulisnya Azura Rasiddin.
DRAMA TEMAN LELAKI UPAHAN AKAN DITAYANGKAN DI TV3 SLOT AKASIA PADA 9 FEBRUARI 2015 INI | SETIAP HARI ISNIN - KHAMIS JAM 7 MALAM.
Pasti ada yang tertanya-tanya best tak novel ni, kan? Saya pun belum baca lagi tapi akan diusahakan jugak nak beli sebab..... ramai yang cakap novel ni superb best! Tak percaya?
REVIEW NOVEL TEMAN LELAKI UPAHAN :
*BOLEH BELI SECARA ONLINE DENGAN KARYA SENI DENGAN DISKAUN RM3*
RM30 SEM // RM 33 sabah,sarawak
“I nak you jadi teman lelaki upahan I. Just tell me what you want. I can give you everything. Kereta, rumah atau apa-apa saja. Just name it.” - KYRA LYDIA
“I setuju jadi teman lelaki upahan you… Tapi I ada syarat.” - EL
“Syarat? Syarat apa?”
Syarat yang pertama, Kyra Lydia kena hormatkan EL. Kedua, Kyra Lydia kena dengar cakap EL, tak boleh lawan cakap EL. Ketiga, Kyra Lydia dilarang sama sekali menunjukkan wajah masam, wajah berlagak, wajah ego, wajah angkuh dekat EL. Ops, tambahan syarat lagi… Kyra Lydia dilarang sama sekali menghina EL.
Hanya kerana satu insiden kecil yang berlaku di Restoran The Spices milik EL, telah menyebabkan EL terlibat dalam rancangan gila Kyra Lydia. Pada mata Kyra Lydia, EL seorang lelaki yang sederhana. Bagi EL pula, Kyra Lydia seorang gadis yang angkuh, berlagak, berhati batu dan penuh dengan dendam.
Tanpa pengetahuan keluarga EL, hubungan ‘cinta’ EL dan Kyra Lydia terjalin dengan jayanya hingga mereka bersetuju untuk disatukan. Dalam tidak sedar, cinta mula mekar dalam hati masing-masing. Ternyata EL berjaya mengubah perangai buruk Kyra Lydia.
Pada saat EL bersedia untuk menzahirkan rasa cintanya, ujian datang merenggut hati EL sehingga menyebabkan dia menjadi seorang lelaki pendendam. Dia umpama mangsa yang terjerat dalam permainan yang diciptanya bersama Kyra Lydia.
“I menyesal sebab kenal you. You bagaikan racun yang menghancurkan diri I. Patutnya I tak payah tolong you… Tak payah bersusah-susah nak pulihkan hubungan you dengan daddy you. What a perfect family! Tapi I… waktu you bergembira dengan keluarga you, keluarga I hancur! Sekarang you dah tahu kenapa I benci you? I hate you Kyra Lydia! I loathe you so much!”
Mulut kata benci, tapi hati kata sayang. Rasa cinta EL yang mekar buat Kyra Lydia dahulunya berganti menjadi dendam. Masihkah ada ruang untuk Kyra Lydia melenyapkan rasa dendam EL yang membara terhadap dirinya?
2 Comments
dah dua tiga epsd cerita ni not bad lah. best jugak :)
ReplyDeletenak tunggu adaptasi novel ramlee awang murshid pulak lps ni :P www.sophiesm.com
ReplyDelete