Kek Coklat Kukus di Hari Raya Aidiladha
Assalamualaikum!
Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Salam Eid Adha
buat rakan-rakan seIslam. Jangan makan daging
banyak-banyak sangat tau. Hehe
Pada malam raya Aidiladha tahun ni... macam raya puasa je,
Sehari suntuk lekat dekat dapur buat kek. Almaklumlah, first time buat
kek sendiri. Selama ni tukang kacau je. Ops! Haha
Semangat nak buat kek ni sebab nak buat kek macam kak ipar buat.
Kek yang saya namakan kek Kitkat n M&M's
ini yang kak ipar buat raya puasa lepas.
Tapi cheq terlupa pulak nak beli Kitkat n M&M's ni jadi kek yang patut
ada hiasan-hiasan coklat ni digantikan dengan kek coklat moist.
Guna resepi dalam internet yang kak ipar bagi. Siapa-siapa yang nak boleh
lihat resepi di Blog Cikgu Suraya. Guna resepi cikgu sat noh.
bersepah atas meja.
Tiru punya tiru resepi.... Alamak! Terlebih letak susu pekat.
yang ni terlebih sukatan susu pekat manis.
So saya decide yang ni tak letak topping. Takut nanti tambah dengan
topping jadi semakin manis. Kan ada jugak yang kena diabetes
gara-gara makan kek coklat daku ini. kuakua.
Tapi usaha itu tangga kejayaan. Tanpa berputus asa, kali ini dengan
telitinya... buka biji mata luas-luas buat kek satu lagi.
Kali ini lebih berhati-hati dan hasilnya......
Tadaa... moist moist gitu. Menjadi jugak kali yang kedua.
Mudah sangat resepinya. Dapat pulak kek yang sangat lembut lagi
sedap. Edeh, naik lif tekan sendiri *perasan* Haha.
Raya pun raya jugak, tapi SPM jangan lupa semakin menghampiri.
Jadi... ini jadinya pada malam raya pertama iaitu semalam....
Buat latihan tubi untuk SPM sambil menikmati kek coklat moist
yang dibuat oleh diri sendiri.
Its okay, Ainaa.... SPM sekali seumur hidup saja!
Chaiyok! *>_<*
0 Comments