Assalamualaikum.

First time kut nak update fasal produk kecantikan ni. ehe. Siapa kat sini pengguna Fair & Lovely ? Cepat, angkat satu jari. =P Kalau nak tahu, saya pun pengguna produk ni. Dah lama saya setia dengan Fair&Lovely. Mula pakai sejak tingkatan 1. Masa tu beli lah pencuci muka dan krim dia setelah tengok iklan dalam TV. Konon-kononnya nak jadi putih bak sutera lah you! HAHA

Tapi yang penting, saya lebih utamakan kulit supaya tak berminyak dan tak tumbuh jerawat batu ke jerawat kaca ke. Ngee. Lainlah jerawat yang datang sementara kemudian berlalu pergi setelah harinya berlalu. Kalau jerawat yang tu, ku tak hiraukan sangat. Sebab sampai masanya cik jerawat akan hilang. Paham ke idok? Heh. Jerawat time bendera Jepun berkibarlah.

Hampir lima tahun saya menjadi pengguna setia produk Fair&Lovely ni. Tapi satu kali tu pernah juga 'curang'. Hukhuk Ya, ku tahu daku ini sudah main 'kayu tiga'. T_T kenapa curang? Sebab gatal tangan pi capai produk lain. Produk apa tu, biarlah menjadi rahsia. Nanti kata haku buruk-burukkan produk kecantikan yang terkenal tu pula. So korang tak tahu pun tak hape. Tapi sekali tu je beli, sebab kulit saya tak 'ngam' lah dengan krim produk tu. Terlalu berasid kut sampai ku pakai pun rasa pedih-pedih kat muka dan muka jadi terlalulah berminyak.

Then kembali semula kepada Fair&Lovely. Serius, setakat ini, produk Fair&Lovely mampu menghalang muka menjadi berminyak dan jerawat pun takut nak hidup kat kulit daku ini.

Adik-adik yang mana baru nak berjinak dengan semua ni, cubalah guna Fair&Lovely. Tapi kalau tak sesuai dengan kulit adik-adik jangan datang mintak alamat nak bakar rumah saya pulak ya. Itu masing-masing ikut kulit lah. Kalau macam saya,



Fair & Lovely ini menjadi produk pilihan hati.




1 Comments

  1. Akak pernah guna juga produk Fair & Lovely tapi sekarang akak guna jenama produk Safi....hehe

    ReplyDelete