credit to Gua.Com.My

Dalam kegembiraan pengacara serta pelakon Scha Alyahya menerima kejutan dalam satu majlis ‘baby shower’ yang dibuat oleh ahli keluarga terdekatnya pada Ahad lalu, isteri kepada pengacara Awal Ashaari ini tiba-tiba menerima satu komen negatif di laman sosial Instagram miliknya.

Menerusi komen tersebut, seorang pengikut wanita yang menggelarkan dirinya  ‘_sawawa’ menulis, ‘Ngade je keje scha. Nt anak klua jd sundal . Hump’ di mana komen tersebut telah mendatangkan kemarahan bukan sahaja daripada peminat Scha, malahan juga daripada suami Scha sendiri.

Dek kerana berang dengan perbuatan wanita itu, Awal bertindak membalas komen wanita tersebut dengan menulis, ‘Doakan semoga si polan atau anaknya nanti jadi orang yang baik baik, amin.' Selain turut memuatnaik gambar dipercayai wanita tersebut dengan kapsyen, ‘You can change your IG name all you want but you cant change that ugly attitude of yours. I kasi u free publicity malam ni. I'm sure this is what u want, B.’

Pengacara Melodi ini menerusi temubual bersama GUA di aplikasi Whatsapp juga turut memberitahu tindakannya memuat naik wajah wanita itu adalah sebagai pengajaran kepada semua agar tidak sewenang-wenangnya melemparkan komen-komen negatif sebegitu yang boleh melukakan hati individu yang membacanya.

“Saya nak nasihat kepada semua termasuk diri saya sendiri supaya berfikir terlebih dahulu sebelum meletakkan sebarang komen di sosial media. Ini bukan medan untuk tunjuk berani atau tunjuk pandai. Tolong jangan cakap sesuatu yang anda belum tentu berani untuk bercakap di hadapan orang itu sendiri. 

Jangan cuma hanya berani di alam siber tanpa memikirkan kesan-kesannya kepada orang sekeliling. Ya, saya tahu semua orang ada hak untuk menyuarakan pendapat tetapi menghentam orang yang anda sendiri tidak kenal secara rapat, itu sesuatu yang amat menyedihkan,” ujar Awal lagi.

Bagi Scha pula yang kini sedang hamil lapan bulan, dia sedikit pun tidak kecil hati dengan komen yang dilemparkan mengenai kandungannya dan memberitahu lebih selesa untuk tidak mengambil pusing dengan apa yang dilemparkan terhadapnya.

“Terus-terang saya tak kecil hati dengan perkara ini. Walaupun ia melibatkan anak dan seolah-olah ia macam satu doa, namun saya hanya gelak sahaja dengan perbuatan wanita itu. Saya pasti dia mempunyai masalah sebab itulah dia jadi macam itu. Saya tak nak jadi sama taraf dengan orang yang memiliki mentaliti sebegitu dan sebab itulah saya ambil pendekatan untuk tidak mempedulikan perkara ini,” tutur Scha kepada GUA.

1 Comments

  1. Haha.. bongok la org yg kutuk scha tu. kalau x puas hati sekalipun jgnlah nk mencaci sgala bagai -,-

    ReplyDelete