AFB FEEDS

Sudah Jatuh, Ditimpa Tangga Pula


Assalamualaikum!


Ya, sayalah tu. Dah lah jatuh, ditimpa tangga pula. Ni bukan saya
jatuh ke apa tapi ujian untuk saya di penghujung tahun ini.


Laptop dah seminggu rosak. Langsung tak boleh buka. Terpaksa guna laptop abah.
Itu yang jadi malas nak update blog. Guna blog orang mana syok. Bukan itu saja, FB yang saya khususkan untuk berkaitan blog/blogger kena BLOCK! FB cakap sebab terlalu banyak hantar mesej
in one time. Ok, tahu salah saya. Tapi kenapa FB tak bagi amaran? Manalah saya tahu
tak boleh hantar banyak-banyak. Ceh. Cayalah sangat.


Fanpage saya NIK AINAA BLOGSPOT dan INA MEOW MEW pun turut kena tempias
sebab akaun FB yang kena block itu saja jadi admin. Menyesal tak spare akaun lain
jadi admin. Kalau korang search fanpage saya, memang boleh bukak. Tapi yang tak 
boleh bukak saya. Tak boleh nak update dah. Kena buat pages lain gamaknya


Tapi ianya satu kerja gila. Satu page tu dah hampir 1K tahu! Bukan senang saya nak
kumpul hampir 1K tu. Makan masa bertahun-tahun! Lainlah kalau orang lain yang 
sememangnya dah femes. Tak perlu cari likers, orang akan cari pages dia.


Dah banyak kali cuba buka akaun FB kena block tu. Still tak boleh.
Ada benda dia suruh buat. Iaitu dia bagi gambar dan suruh bagitau gambar itu
milik friend saya yang mana? Pergh! Manalah daku tahu! 


Tolonglah, siapa-siapa yang mahir macam mana nak dapatkan semula page saya tu.
FB tak boleh tak apa tapi kalau boleh nak jugak. Letih kut nak join satu-
satu group blogger dan add kawan-kawan blogger.



BTW, JOM ADD + FOLLOW FB BLOG SAYA YANG BARU --> CT WAN

You Might Also Like

3 Surat Cinta

  1. sabar yer..ada hikmah disebalik semua yang berlaku =)

    ReplyDelete
  2. Assalam, yang FB tuh rasanya klu dah kena block tak bleh wat pape.. melainkan dapat jawab soalan yang dorang bagi.. :) Minta menerjah ke blog saya ye.. TQ itikelabus.blogspot.com

    ReplyDelete