Projek Amal Usrah Kagoshima
ASSALAMAULAIKUM !!
| PROJEK AMAL USRAH KAGOSHIMA |
بسم الله الرحمن الرحيم
Pengenalan
Krisis di bumi Syria telah lama menjadi bualan dan tumpuan orang ramai, khususnya rakyat Malaysia. Ramai yang menyedarinya, namun masih ada juga yang mengambil sikap tidak peduli. Akibat krisis ini, ramai rakyat Syria yang menjadi pelarian di negara asing, seperti di Turkey, Jordan, Mesir dan lain-lain. Bilangan mereka kian bertambah dari tahun ke tahun.
Bagi pelarian Syria yang berada di Jordan, bilangan mereka kini mencecah sebanyak 545,035 orang (yang berdaftar sejak Oktober 2013). Pada asalnya mereka di tempatkan di penempatan (Za'tari) yang telah di sediakan oleh kerajaan Jordan. Namun, bilangan mereka yang semakin bertambah dan menyebabkan mereka berhijrah tinggal di daerah-daerah yang ada di dalam negara Jordan. Kebanyakan mereka menyewa rumah dan tinggal satu keluarga beramai-ramai akibat rakyat Jordan mengambil kesempatan menaikkan harga sewa.
Mu'tah - Karak, merupakan daerah perkampungan yang terletak di selatan Jordan. Seramai 500 buah keluarga (berdaftar/rasmi) pelarian Syria yang berada di daerah Karak - Mu'tah. Ada di antara mereka yang bekerja, namun upah yang di perolehi tidak seberapa, dan tidak dapat menampung kos sara hidup sekeluarga di Jordan. Tambahan pula, kini mereka berada dalam musim sejuk, menyebabkan mereka memerlukan pelbagai bantuan seperti selimut, baju sejuk, pemanas dan seumpama dengannya. Mereka sangat bergantung kepada bantuan kemanusiaan disebabkan kesusahan yang di alami tersebut.
Menurut pengkaji cuaca, Jordan mengalami musim sejuk yang terburuk sejak 100 tahun. Ini akan menyebabkan mereka sangat memerlukan bantuan untuk menghadapi musim sejuk ini.
Kenapa memilih Jordan (Karak-Mu'tah)
Kami mempunyai kenalan warga Malaysia yang sedang menuntut di Jordan, di daerah Karak - Mu'tah yang dapat membantu kami melancarkan bantuan ini terus kepada pelarian Syria yang berada di sana.
Objektif
- Mentarbiah diri bagi memahami keadaan saudara seIslam yang menghadapi krisis tersebut.
- Sebagai langkah permulaan bagi menggalakkan warga usrah bergerak lebih aktif dalam aktiviti untuk komuniti yang lebih besar.
- Membantu pelarian Syria yang memerlukan bantuan
Target
Mengumpul sumbangan sekurang-kurangnya 150,000 yen iaitu bersamaan RM 5,000.
Sesetengah pelarian menjual bungkusan makanan daripada sumbangan UN untuk mendapatkan wang. Bantuan kewangan lebih diperlukan berbanding bantuan lain.
Mengikut perangkaan daripada UN, satu keluarga memerlukan lebih kurang JD 450 (lebih kurang 65,500 yen, iaitu RM2000) sebulan, untuk menampung keperluan bulanan seperti, sewa rumah, perubatan, pengangkutan, makanan, keperluan kanak-kanak dan lain-lain.
Bantuan
Pihak kami bercadang untuk ke Jordan pada cuti semester akan datang (Januari - Februari 2014) untuk melihat sendiri keadaan pelarian Syria dan di samping itu memberi bantuan tenaga dan juga membawa bantuan yang di sumbangkan oleh anda semua.
Harapan
Harapan kami, moga jumlah sumbangan yang kami perolehi melebihi angka target yang kami tetapkan dan moga usaha ini mendapat Keberkatan dan Redha Allah melalui tangan-tangan anda.
#HULURKAN TANGAN, RINGANKAN BEBAN#
Sebarang bantuan dan pertanyaan boleh menghubungi :
Anis Farhana bt Ibrahim
Master Student of Material Science and Engineering
Kagoshima University, Japan.
Phone : +819084002699
Email : ns_frhn@yahoo.com
Nurul Izdihar bt Muktar
Bachelor Student of Archeology
Kagoshima University, Japan
Phone : +818032267899
Email : shivers_kid@yahoo.com
Bantuan boleh di salurkan pada :
Maybank 153010784682 - ANIS FARHANA BT IBRAHIM
Japan Post Bank 17820-19331111 - ANIS FARHANA BT IBRAHIM
PS: SAMA-SAMA KITA MENGHULURKAN BANTUAN KEPADA MEREKA
2 Comments
bagus projek2 sebegini, thanks for sharing dear....
ReplyDeleteprojek amal yg bagus ni .. :)
ReplyDeletesemoga trus berjaya ye