Assalamualaikum!




Memang dah lama saya menanti saat-saat ini. Menunggu MPHOnline buat promosi gila-gila.
 Tapi sayangnya promosi ni datang masa poket saya tengah kosong !! Aduhai! Dah la banyak novel-novel yang saya nak dan novel-novel baru lagi best termasuk dalam senarai promosi! 20% tu bepp... 
ingat sikit ke? Peluang ni datang jarang-jarang tau! Sekali datang kena rembat terus!!!


Alamak! Alamak! Macam mana ni. Tak ada siapa nak belanja ke?
Minta abang-abang yang ada belanja, semuanya buat tak tahu!! Cis, kejam punya abang.
Tak kasihan dah kat satu-satunya adiknya yang cun ni. Eh? Err... tolong abaikan ayat yang last tu.
Dah berjuta kali ni fikir jalannya macam mana nak rembat juga novel yang dipromosi 20% ni.
Nak keluarkan wang hasil berblog dan menulis cerpen? Memang tak laah.


Nampaknya, sekali lagi saya akan terlepas peluang yang sudah ada depan mata ini.
Tak apa.... Tak apa.... Tahun depan nak plan siap-siap. Tabung kena bahagikan kepada dua. Satu untuk
beli novel di PBAKL 2014 dan satu lagi untuk promosi mengejut yang dibuat MPHOnline.
Tapi tahun depan mampu beli ajelah. Baca novel? No..... No.... No... and NO!! SPM bep !!! SPM !!!!!!!   (◍•﹏•)


 Okey! Stop meroyan sorang-sorang. Offer 20%  itu saya tak tahu sampai bila. Tamat bila.
Jadi, lepas baca entry ini terus pilih novel-novel yang mahu dibeli dan bayar secepat mungkin ya.
Nak tahu senarai novel yang diberi promosi itu boleh ke SINI .  Pastikan korang sign up di SINI dulu ya. Kalau dah berdaftar, sign in aje. Tak perlu buat tutorial sebab dah ada langkah-langkah yang diberi.


[antara novel terlaris yang dipromosi sebanyak 20%]


Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi pihak mereka di SINI.
Dan kalau ada masalah dengan pembayaran, tak tahu macam mana. Boleh rujuk di SINI.
Hah! Senang kan? Cepat-cepat rembat promosi ini. Jangan jadi macam saya. Menyesal tak sudah. huhu

2 Comments

  1. wahh, besnye..tp tula, skang tgh nak jimat..xleh nak shopping novel sesuka hati..hee

    ReplyDelete
  2. Best tu......tapi budget dah takder untuk bulan ni...maybe next time laa...


    x0x0 ^___^

    ReplyDelete