Kisah hari Jumaat yang akan menitiskan air mata
kisah hari jumaat yang akan menitiskan air mata kita...Pada setiap Jumaat,
selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang
berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan
risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik
yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada
ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan
risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai
turun.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang
masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah
bersedia" Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk
apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan
risalah Allah"
"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu
dan hujan juga agak lebat"
"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan
masuk neraka walaupun ketika hujan turun"
Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia
hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"
Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan
saya pergi ayah?"
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan
risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah.
Allah bersama-sama kamu!"
"Terima kasih Ayah" Dengan wajah
bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu
hilang dalam kelebatan hujan itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah
tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan
mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.
Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja
risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan
tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya.
Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan
diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak
terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu.
Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng
rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada
jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada
sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya
agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali
lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan
dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik
boleh bantu?"
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat
yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya
ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara
makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini
dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk
hormat sebelum melangkah pergi.
"Terima kasih nak dan Tuhan
akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut
Minggu berikutnya sebelum waktu
solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "
Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan
dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada
sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke
majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu
lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas
dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai
bergenang di kelopak matanya.
"Pada Jumaat minggu lepas
saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya
letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat
hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher.
Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi.
Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan
pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya
mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".
"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah
pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya
melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"
"Seumur hidup saya belum
pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas
dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya
hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa
memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya
dengar".
"Saya melihatnya pergi
kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca
risalah itu setiap muka surat
Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya
diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".
"Lihatlah, sekarang saya
sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang
satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya
saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang
pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam
neraka"
Tiada satu pun anak mata di
masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir
ALLAHUAKBAR!
Imam lantas turun dengan pantas
dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan
menangis sesungguh-sungguh hatinya.
Jumaat ini dikira Jumaat yang
paling indah dalam hidupnya. Tiada
anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu
anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang
seumpama malaikat.
Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu
anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.
3 Comments
bez bce artikel ni..
ReplyDeletegood entri.. =)
ReplyDeletesalam jumaat yee mekk..,uHUu
ReplyDelete