peniaga, pernigaan, businessman, sebab perniagaan tak laku, sebab business tidak laku


Bila kita pergi saja ke mana-mana kedai tidak kira lah kedai runcit ke kedai makan ke atau mana-mana kedai, adakah kita mendapat layanan sewajarnya? Adakah peniaga dan pekerja mereka melayan pelanggan mereka dengan cara yang betul? Majoriti di mana-mana kedai melayu atau pekerja melayu memang suka berwajaah 'beku' dan garang! Bukan nak jatuhkan perniagaan mereka, bukan nak jatuhkan orang Melayu, tapi kebanyakkannya memang macam tu. Ada je yang beri layanan first class yang pekerjanya sentiasa senyum walau penat layan macam-macam kerenah pelanggan tapi itulah, sayang tak ramai pekerja atau peniaga contoh macam tu. Mungkin ada yang kata, "Eh kau tak kerja ditempat aku boleh la kau cakap.". Inilah mentaliti Melayu, bila nak maju kalau asyik membangkang bila orang cakap (comment), bukan nak hadam elok-elok dan perbaiki apa yang perlu diubah.

Bukan peniaga-peniaga itu saja, pekerja atau kerani yang setiap hari kena melayan orang awam seperti pekerja di Pejabat Pos, Bank dan Jabatan Pendaftaran Negara juga sama mempunyai pekerja yang tidak mesra alam ini. Kita kalau dah tahu kerja macam tu perlu melayan kerenah ramai orang awam kenalah pandai handle. Ini tak.... orang tanya sikit dah jawab melenting-lenting, orang tersalah buat dah jeling-jeling. Ini apa yang Ainaa sendiri pernah alami dengan kerani Pejabat Pos. Sampai sekarang kalau nak pergi pos barang malas nak pergi pejabat pos situ. Pekerja menyakitkan hati yang kerek dan garang! Kalau tak boleh layan orang awam elok-elok lebih baik kau cari kerja lain lah, yang tak payah kau nak berhubung dengan ramai orang setiap hari.

Inilah sebab perniagaan tak laku, selepas itu tuduh orang hantar 'benda' supaya perniagaan tak laku. Padahal diri sendiri yang cari pasal yang tak reti nak melayan pelanggan. Kalau teruskan sikap macam tu, macam mana nak jadi peniaga yang berjaya dan pekerja yang berdedikasi? Kita patut sedar diri dan ubah diri kita. Dalam business bukan strategi perniagaan saja yang penting...Cara kita melayan pelanggan kita juga sangat penting. Ini businessman yang dah berjaya memang sangat mementingkan konsep "The customer is always right". Redha saja macam mana perangai pelanggan yang kita dapat, layan elok-elok dan paling penting SENYUM! Kenapa lah susah sangat nak senyum, senyum itukan sedekah. Jangan kata pelanggan saja banyak kerenah letih nak melayan sedangkan diri sendiri tak 'mesra alam' dengan pelanggan.

Tolong ya kalau ada peniaga kedai/restoran atau pekerja kerani seperti di atas yang sedang baca ini, tolong ubah sikap dan tolong senyum. TOLONG SENYUM. Baru pelanggan pun senang dengan perniagaan kita.

4 Comments

  1. setujuuu sgt sis. Saya kalau orang macam tu sy blah terus je.. Takyah beli banyak gi kedai lain.. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kan. lebih baik cri kedai lain yg pandai layan customer

      Delete
  2. indeed!!!! stuju 200% !!! Ju slalu kena mcm ni bila g kedai, wajah aduhai cantik xterkata tp bahasa.. Allahu.. kita paham juga awk penat keja sehari, kami pun penat juga, sma2 penat buat kerja seharian tapi susa ke utk senyum ? mari bhuhu

    ReplyDelete
  3. kalau akk pun malas nk beli dari die..hehe

    ReplyDelete