ketaweriang, cfs iium, iium, iium gombak, uia, uia gombak, universiti islam antabangsa, gombak


TAARUF WEEK SEMESTER II, 2016/2017

Hari itu Ainaa ada update entry tentang 'Persiapan Degree di UIA' dan seperti mana-mana universiti lain, pasti akan ada minggu suai kenal atau di UIA/IIUM dipanggil TAARUF WEEK. Alhamdulillah, setelah 4 hari Ke Tawe Riang di UIA, kini Ainaa sudah rasmi sebagai mahasiswi UIA. Perjalanan dari CFS IIUM di Petaling Jaya (Pusat Asasi) ke IIUM di Gombak ini memang jauh berbeza dari segia suasana, keluasan, makanan dan kemudahan. Kalau di PJ kecil je nak gi mana-mana jalan kaki boleh tapi di Gombak ini dari mahallah (hostel) ke fakulti pun dah lelah. Jauh sangat dan UIA Gombak sangat beza berbanding di UIA Petaling Jaya. Dahla Ainaa dapat mahallah perindu.... Mahallah di hujung dunia. Empat hari asyik jalan ini sampai bengkak kaki dibuatnya. Nak bawa motor Ainaa tak ada lesen dan tak reti bawak, nak bawa kereta pula hanya final year students yang boleh bawa. Kan bawa basikal ada jugak pergi kelas pakai seluar je.

Cerita pasal kemudahan, memang banyak kemudahan di Uia Gombak ini. Kedai makan tak payah cakap, pilih je kita nak masakan Arab ke, wastern ke, masakan Melayu ke semua ada. Kedai-kedai photostat pun banyak berdekatan dengan masjid, ada bank Muamalat dan Bank Islam, pejabat pos kalau nak pos barang, butik pakaian pun ada, dan kalau kau orang nak ambil gambar passport ke nak buat photoshoot ke pun ada kedainya. Senang kata, walau Uia Gombak ni jauh dengan bandar tapi kau orang nak beli apa-apa semuanya sudah ada kat dalam. Tak ada apa yang perlu risau dah. Setiap mahallah pun ada kafeterian dan Co-op sendiri jadi anda tak akan kelaparan.


International Islamic University Malaysia/Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

ketaweriang, cfs iium, iium, iium gombak, uia, uia gombak, universiti islam antabangsa, gombak

Nama pun antarabangsa kan, mula-mula Ainaa masuk sini pergi mana-mana pasti terserempak dengan foreigner. Boleh dikatakan ramai dan batch Ainaa pun ada dalam 100 lebih foreigner, kulit putih kulit hitam semua ada. Ada juga Ainaa borak-borak dengan seorang foreigner ini tapi tak adalah borak mana, english bukan power sangat tapi sis cuba. Hehe Hari pertama lagi Ainaa jumpa foreigner ini, Maryam namanya dan boleh kenal sebab dia banyak bertanya. Cantik, putih sangat-sangat, hidung mancung giler, pulak tu boleh cakap Arab dan English.... Malu Ainaa dengan dia sampai lupa nak tanya dia dari negara mana.


Mahallah Maryam, IIUM Gombak

ketaweriang, cfs iium, iium, iium gombak, uia, uia gombak, universiti islam antabangsa, gombak

Mahallah Maryam adalah mahallah perempuan dan adalah mahallah yang paling jauh. Ada blok A hingga blok F. Ramai yang dapat mahllah maryam jadi kalau nak balik ke mahallah dari fakulti tak perlu risau kalau terpaksa jalan sorang-sorang, pasti akan ada orang lain juga. Cuma kalau malam-malam itu, jangan la nak buat berani keluar nak gi jalan-jalan... Mahallah ini paling hujung sekali dan lampu jalan pun malap-malap je. Kalau nak ke fakulti boleh tunggu bas di hadapan mahallah Ruqayyah dan tunggu je lah bas sampai dan kalau nak ke kuliyyah irkhs, engineering dan education boleh berhenti di hadapan klinik. Ainaa dapat ground floor di mahallah maryam jadi kira okey lah kan daripada dapat level 4 tu. Setiap bilik pula ada empat compartment dan setiap compartment ada katil single, loker pakaian yang besar dan meja belajar pun besar. Setiap compartment tu memang selasa dan ada privacy. Bilik air dan tempat sidai pakaian di luar.


ketaweriang, cfs iium, iium, iium gombak, uia, uia gombak, universiti islam antabangsa, gombak


Itu je kut serba sedikit di Uia lagipun nak cerita banyak-banyak Ainaa pun tak explore lagi kat sini. Baru lima hari, tak sempat lagi nak jelajah semua tempat tapi petang nanti ingat nak gi round-round Uia. Kompleks sukan untuk sister pun Ainaa tak sempat nak pergi, kompleks sukan untuk brother dah pergi masa aktiviti taaruf week khamis yang lepas. Tapi apa yang Ainaa tahu, kedua-dua kompleks mempunyai kolam renang dan sangat dalam katanya. Library sangat jauh, nak pergi sana tu kena fikir sepuluh kali dulu. Apa pun kalau Ainaa dah pergi ronda Uia, nanti Ainaa update lebih banyak lagi gambar.


5 Comments

  1. nurul study dekat KV Gombak.. memang selalu masuk UIA sini.. memang luas giler.. kitaorang yang merentas desa masuk situ pun lelah sebab banyak bukit.. :D

    http://www.syahirahvaliant.com/2016/12/contest-menangi-percutian-ke-suria.html

    ReplyDelete
  2. best tu lau dpt jog atau rntas desa.. suasana mnyamankan.. :D

    p/s : hi... sy dtg blogwalking dan sy dh follow blog comel awk ni.. hope awk sudila juga follow blog baru sy ye.. :D ty..
    banyak info menarik yang saya kongsikan di www.1001petua.com .. InsyaAllah, awk pasti tak kan menyesal.. :D

    ReplyDelete
  3. Hai,thanks share experience sebab awal bulan 9 ni baru nak masuk uia for degree.. selamat berkenalan ..>.<

    ReplyDelete