cermin mata yang sesuai dengan muka, berkaca mata, cermin mata yang sesuai, cermin mata


Hai! Abang kakak adik yang tengah baca blog Ainaa ni ada tak yang berkaca mata? Ainaa sendiri juga berkaca mata sejak 2014 dan Ainaa bukan jenis yang selalu pakai cermin mata tu, jarang-jarang bila dalam kelas saja Ainaa berkaca mata. Kalau terjumpa Ainaa kat luar pakai spec tu memang beruntung la. Ahak! Boleh dikatakan baru je Ainaa berkaca mata kan lebih kurang 2 tahun dan untuk tahun baru 2017 ini, Ainaa akan berkaca mata baru. Tempahnya semalam tapi baru pagi tadi ambil spec mata. Kalau dua tahun lepas kaca mata Ainaa jenis yang kecil (size 47) dan tak berbingkai tebal. Tapi untuk spec kedua ini spec mata size 50 dan berbingkai penuh. Dalam banyak-banyak cermin mata yang style berbingkai, yang Ainaa punya tu paling nipis bingkainya dan paling kecil. Jenuh tau nak cari yang sesuai dengan muka dan nak-nak pula Ainaa memang cerewat, so satu mall tu kesemua kedai cermin mata Ainaa masuk dan test satu-satu spec. Mak ayah la jadi mangsa ikut Ainaa tawaf mall tu. Hehe Maaf mami abah. Tapi apa-apa Ainaa beli wajib ada mami abah, kalau mak ayah Ainaa kata tak okey, Ainaa pun tak okey. Ainaa hanya beli bila mak ayah dan Ainaa sama-sama setuju.


cermin mata yang sesuai dengan muka, berkaca mata, cermin mata yang sesuai, cermin mata

cermin mata yang sesuai dengan muka, berkaca mata, cermin mata yang sesuai, cermin mata


Memang susah kan nak cari cermin mata yang sesuai dengan muka.  Siapa yang ambil berat pasal ni tahu la macam mana susahnya nak cari yang betul-betul sesuai tapi ada juga yang tak kisah yang pakai spec asal tak rabun dan ada juga yang jenis main hentam pakai ikut fashion. Macam-macam lah. Kau orang pula jenis macam mana?


CERMIN MATA YANG MANA SESUAI?

(credit: https://www.zolace.com/blog/cermin-mata-yang-manakah-sesuai-untuk-anda/)


Bentuk Muka Bulat

cermin mata yang sesuai dengan muka, berkaca mata, cermin mata yang sesuai, cermin mata
Kita mulakan dengan bentuk muka yang bulat. Anda perlukan bingkai yang tidak menyerlahkan lagi kebulatan wajah anda – cuba cari yang lebih bersegi , seperti segi empat tepat atau bentuk wayfarer. Vanina De Preneuf daripada glasses.com berkata gaya ini “menambah definisi yang diperlukan kepada wajah lembut ini”.
cermin mata yang sesuai dengan muka, berkaca mata, cermin mata yang sesuai, cermin mata
cermin mata yang sesuai dengan muka, berkaca mata, cermin mata yang sesuai, cermin mata
Hitam bukan sahaja warna yang sesuai dengan semua benda. Cuba lihat bingkai yang olive versatail yang menjadikan cermin anda diberi sentuhan yang luar biasa.
cermin mata yang sesuai dengan muka, berkaca mata, cermin mata yang sesuai, cermin mata
Bingkai yang kasual dan berwarna-warni yang datang dengan pelbagai warna terang.
cermin mata yang sesuai dengan muka, berkaca mata, cermin mata yang sesuai, cermin mata
Melupakan bingkai wayfarer plastik untuk tampil lebih moden dengan bingkai kayu. Stail yang khusus ini datang dengan kanta yang berasingan, dimana Sarah Betzwieser daripada Ditto menerangkan membantu untuk menghalang gelombang warna, supaya ia senang untuk melihat” perkara di bawah kaki langit ketika cuaca sangat panas – terutamanya membantu untuk keluarga menghabiskan masa di luar atau memandu untuk jarak jauh. Kayu baru-baru ini telah semakin naik di kedai cermin mata, memberi anda pilihan yang berpatutang, ringan dan unik.
Apabila membeli cermin mata, peraturan yang perlu diutamankan adalah: Selain daripada menonjolkan bentuk muka anda, berikan sedikit pelengkap dan lembutkan ia. Jadi jika anda mempunyai bentuk muka bersegi empat, anda harus melakukan perkara yang bertentangan dengan orang bermuka bulat dan pilih bingkai yang lebih lengkung di bahagian tepu. Untuk mencapai hal ini, Algair mengesyorkan bingkai jeni “cat-eye” atau sesuatu yang lebih berbentuk oval.

Bentuk Muka Segi Empat

cermin mata yang sesuai dengan muka, berkaca mata, cermin mata yang sesuai, cermin mata
cermin mata yang sesuai dengan muka, berkaca mata, cermin mata yang sesuai, cermin mata
Seperti parti untuk muka anda, Sparkly Kate Spade cat-eyes ini akan lebih menyerikan lagi emosi anda setiap hari.
cermin mata yang sesuai dengan muka, berkaca mata, cermin mata yang sesuai, cermin mata
Jika anda lebih suka yang bersegi, cuba bentuk cat-eye ini untuk lebih dimensi:bahagian bucunya yang tajam menonjolkan lagi segi di wajah anda,manakala bentuknya yang lebih bulat seimbangkan wajah segi empat anda.
cermin mata yang sesuai dengan muka, berkaca mata, cermin mata yang sesuai, cermin mataAnda akan tidak perasan tentang kehadiran cermin mata ini kerana beratnya yang ringan dengan bingkai besi di wajah anda – tapi, percayalah, ia akan nampak cantik.
cermin mata yang sesuai dengan muka, berkaca mata, cermin mata yang sesuai, cermin mata
“Baiklah En. DeMille, saya sudah bersedia untuk dirakam dari dekat.,” – itu adalah anda, setiap kali anda memakai cermin mata bulat yang cantik dan besar ini.

Muka Bentuk Bujur

Bentuk muka bujurcermin mata yang sesuai dengan muka, berkaca mata, cermin mata yang sesuai, cermin mata
Bentuk muka bujur adalah “bentuk muka yang paling mudah disesuaikan dengan mana-mana bingkai” ujar Selima. Terdapat dua kawasan yang perlu diberperhatian di wajah anda iaitu tulang pipi dan kening. Catherine Magee daripada Ditto bersetuju dan menambah, anda perlu mencari bingkai yang sama lebar dengan wajah anda. Vanina memberitahu kami bahawa “bentuk empat segi dan bentuk tiga segi” adalah sesuai dengan bentuk muka bujur.
cermin mata yang sesuai dengan muka, berkaca mata, cermin mata yang sesuai, cermin mata
Bertuahnya anda – hamper kesemua bingkai sesuai dengan bentuk muka anda ,selagi bingkai itu masih lebar daripada bentuk muka anda, Anda boleh mencuba bingkai yang lebih panjang dan bulat.
cermin mata yang sesuai dengan muka, berkaca mata, cermin mata yang sesuai, cermin mata
…atau , sepasang bingkai besar, lebih lebar berbentuk cat-eye.
cermin mata yang sesuai dengan muka, berkaca mata, cermin mata yang sesuai, cermin mata
Jika anda lebih tertarik dengan bingkai berbentuk segi empat.
cermin mata yang sesuai dengan muka, berkaca mata, cermin mata yang sesuai, cermin mata
Sepasang cermin mata yang klasik-moden. A

Muka Bentuk hati

cermin mata yang sesuai dengan muka, berkaca mata, cermin mata yang sesuai, cermin mata
Muka berbentuk hati mempunyai dahi yang luas dan dagu yang tajam. Penyelesaiannya adalah “bingkai yang mempunyai sudut yang lebih terkeluar di bahagian bawah,” kata Lily. Hal ini membawa maksud ianya ciptaan yang klasik, yang kebiasaanya mengawal ciri-ciri lain yang menutup dahi yang luas, contohnya “warna yang lebih terang dan lebih cerah dan cermin mata tanpa bingkai”.
cermin mata yang sesuai dengan muka, berkaca mata, cermin mata yang sesuai, cermin mata
Bingkai besi ini mengurangkan bingkai. Ia mempunya engsel spring, ciri-ciri yang Sarah syorkan untuk menambah rasa “selesa dan sesuai”. Anda juga boleh memilih “pad hidung silicon supaya cermin mata anda berada tetap di muka anda, atau pilihan yang klasik, sekeping pad hidung yang tetap,” tambah Sarah lagi. Pad hidung bukan sekadar menyerlahkan gaya bingkai anda; tetapi ia juga menentukan sama ada ia sesuai dan tetap di muka anda.
cermin mata yang sesuai dengan muka, berkaca mata, cermin mata yang sesuai, cermin mata
Separuh besi , separuh plastik : ini adalah ciptaan yang terhebat di kedua-dua dunia.
cermin mata yang sesuai dengan muka, berkaca mata, cermin mata yang sesuai, cermin mata
Anda belum pernah lihat bingkai “pilot” seperti ini sebelum ini. Sementara hampir kesemua ciptaan di perbuat daripada besi yang ringan, “bingkai plastik menawarkan peluang untuk anda menjadi lebih berexpresi dengan cermin mata yang anda kenakan, tambahan lagi kebanyakkan gaya besi lebih tampak sangat biasa. Ia agak sukar untuk memeriahkannya,” tambah Sarah lagi.
cermin mata yang sesuai dengan muka, berkaca mata, cermin mata yang sesuai, cermin mata
Ciptaan bingkai klasik Ray-Ban menjadi kontemporari bercampur dengan hijau, dan berkanta cermin . Vanina juga mencadangkan bingkai ini untuk muka berbentuk empat segi dan bujur.

Muka Bentuk Segi Tiga

cermin mata yang sesuai dengan muka, berkaca mata, cermin mata yang sesuai, cermin mata
Bentuk muka yang seperti segi tiga terbalik mempunyai dagu yang tajam. Untuk sekatakannya, Lily mencadangkan bentuk cat-eye, dimana “ia akan memberi perhatian kepada bentuk muka bahagian atas anda.” Dia menambah lagi “anda juga boleh memilih warna yang lebih gelap dan bingkai yang tebal untuk menambah efek di bahagian atas muka anda, untuk stabilkan kepanjangan dagu anda.”
cermin mata yang sesuai dengan muka, berkaca mata, cermin mata yang sesuai, cermin mata
Bingkai inspirasi retro ini daripada Elizabeth dan James mempunyai bentuk cat-eye disekitar bucunya, dengan separuh bingkai ilusi wayfarer yang akan menekankan bahagian atas wajah anda.
cermin mata yang sesuai dengan muka, berkaca mata, cermin mata yang sesuai, cermin mata
Ini mungkin seperti bingkai cat-eye klasik anda, tetapi detail jalur yang terdapat pada bingkai ini memberikan efek ceria untuk bingkai biru ini dan menyerlahkan lagi bingkai ini.
cermin mata yang sesuai dengan muka, berkaca mata, cermin mata yang sesuai, cermin mata
Selain daripada bucu yang melengkung yang anda mahu di bingkai anda, sepasang bingkai yang tebal ini mempunyai ciri-ciri memikat hati dengan cetakan jalur yang menarik perhatian orang terhadap mata anda.
cermin mata yang sesuai dengan muka, berkaca mata, cermin mata yang sesuai, cermin mata
Cermin yang besar dan berbentuk cat-eye bulat ini akan menambat hati sesiapa yang memakainya dan mendapat pujian daripada siapa yang melihatnya.

Oblong

cermin mata yang sesuai dengan muka, berkaca mata, cermin mata yang sesuai, cermin mata
Secara asasnya, bentuk muka oblong adalah lebih lebar daripada bentuk bujur. Selima mencadangakan bentuk cat-eye melintang untuk muka ini; bingkai ini sesuai dengan muka anda dan ia juga mempunya bucu yang lengkung juga. Lily, dalam erti kata lain, berasa yang bulat dan bentuk geometrik lain, boleh memberi dekorasi yang lain pada muka anda” adalah cara yang betul. Matlamatnya adalah untuk “menjadikan muka nampak lebih kecil,” kata Lily.
cermin mata yang sesuai dengan muka, berkaca mata, cermin mata yang sesuai, cermin mata
Anda boleh memilih apa saja cermin mata yang anda rasa menarik , jadi pilihlah yang berwarna terang.
cermin mata yang sesuai dengan muka, berkaca mata, cermin mata yang sesuai, cermin mata
Cermin mata tanpa bingkai adalah sangat ringan, tetapi boleh menjadi sedikit rumit dan sukar untuk ditarik. Mudah untuk digayakan dengan apa saja gaya dengan sepasang cermin mata bersudut , separuh berbingkai.
cermin mata yang sesuai dengan muka, berkaca mata, cermin mata yang sesuai, cermin mata
“Untuk muka berbentuk oblong, ia adalah idea yang bagus untuk memilih bingkai yang menekankan bentuk bertentangan yang dominan di wajah anda,” kata Selima. “kami mengesyorkan bingkai Clair,” gabungan antara segi empat tepat dan cat-eye.
cermin mata yang sesuai dengan muka, berkaca mata, cermin mata yang sesuai, cermin mata
Sienna Miller bertanggungjawab di atas mereka, jadi anda tahu cermin mata berbentuk bulat ini adalah satu pelaburan yang berbaloi.

Bentuk Permata

cermin mata yang sesuai dengan muka, berkaca mata, cermin mata yang sesuai, cermin mata
Seperti permata sendiri, bentuk muka seperti ini bersifat bucu yang tajam dan ciri-ciri yang bersegi. Lily mencadangkan untuk mencari bingkai yang “lebih berat di atas,” sebagai fungsi “memberi lebih penekanan terhadap atas wajah anda dan bahagian tepi wajah anda.” Dan, dia juga berkata “mengelakkan cermin mata yang mempunyai bahagian atas yang leper, kerana ia akan menyerlahkan lagi tulang pipi anda”.
cermin mata yang sesuai dengan muka, berkaca mata, cermin mata yang sesuai, cermin mata
Jika ia tidak rosak, jangan baikinya: gaya 60-an berbingkai wayfarer ini sentiasa sempurna.
cermin mata yang sesuai dengan muka, berkaca mata, cermin mata yang sesuai, cermin mata
Pilih bahagian yang liar – pilihan ini tidak sentiasa pilihan yang terbaik.
cermin mata yang sesuai dengan muka, berkaca mata, cermin mata yang sesuai, cermin mata
Daripada memerah otak anda untuk mencari jalan penyelesaian tentang bagaimana mahu menambah warna kepada pakaian harian anda, cari cermin mata dengan warna yang lebih terang yang boleh menyerlahkan semua jenis gaya.
cermin mata yang sesuai dengan muka, berkaca mata, cermin mata yang sesuai, cermin mata
Mencari sedikit sentuhan yang menjadikan pakaian anda lebih “cool”? Cuba cermin mata hitam ini, sememangnya berjaya.

6 Comments

  1. jenis muka pun main peranan terhadap jenis cermin mata apa yang kita kena pakai kan. good sharing.. lepas ni tak yah pening2 nak pilih spec yang mana ^^


    singgah sini
    http://syahirahvaliant.blogspot.my/2016/12/contest-menangi-percutian-ke-suria.html

    ReplyDelete
  2. Rupanya jenis muka mempunyai cermin yang berbeza..
    baru tahu..biasa AM beli cermin tengok mana yang cantik je..sedangkan kita pakai tapi kita tak nampak pun cam mana..huhuhu

    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete
  3. Tak tahu pulak ada panduan cermin mata cenggini. Biasa buat spec, duk pilih kt kedai tu pastu acu kt muka tgk sesuai ke x. Hihi Ni pon bru buat spek sebab power naik, tetiba dh xboleh nak pakai sebab power dh turun balik. Makan suplimen punya pasal. Hihi

    ReplyDelete
  4. xthu la muka main peranan.heheh..skrg lbih suka spek jenis segi empat panjang..

    ReplyDelete
  5. Selama pakai cermin mata ni, memang hentam je pilih asalkan cantik je hehe :)

    ReplyDelete