AFB FEEDS

Sengsara Makan Seafood

makanan laut, alergik makanan laut


Nak update blog pun tak ada mood bila mata sebelah kiri ni bengkak dan asyik berair disebabkan makan seafood! Sabtu malam haritu Ainaa keluar makan maggie ketam dengan family. Ya, sebelum-sebelum ni pun walau Ainaa tahu ada alergik dengan makanan laut, biasanya kalau makan jugak gatal-gatal je di bahagian muka. Habis-habis bengkak bibir tu pun kejap. Ini tiba-tiba boleh bengkak mata dan semakin lama semakin sakit! Mungkin laa, sebelum makan maggie ketam tu Ainaa ada masak nasi goreng letak ikan bilis banyak-banyak..... Lepastu makan maggie ketam dan pagi esoknya makan nasi goreng udang. Itu sebabnya kut mata jadi bengkak. Sebelum ni mana pernah mata bengkak sebab seafood.

Kelmarin tak ada lah bengkak sangat tapi hari ini semakin bengkak dan semakin sembab sampai kalau nak tunduk pun rasa macam nak tercabut mata ni hah. Tidur pun asyik terjaga-jaga sebab sakit sangat kat mata kiri. Kalau yang ada alergik seafood macam Ainaa ni tahu lah macam mana, walau tak boleh makan tapi degil nak makan jugak. Memang kebanyakannya macam tu, lepastu tanggung sendiri je la sengsaranya kan.

You Might Also Like

0 Surat Cinta