AFB FEEDS

Memburu Novel Limited Edition RM1000



Apa yang dimaksud memburu novel limited edition RM1000? Buat pengetahuan orang yang bukan kakinovel atau peminat novel.... NOVEL LIMITED EDITION adalah novel yang dicetak oleh penerbit/penulis dalam jumlah tertentu dan hanya sekali cetakan. Harga novel limited edition ini kebanyakkannya berharga RM35-RM50 jika kita membeli dengan penerbit/penulis tersebut. Nak tahu tak kenapa novel-novel ini menjadi buruan orang ramai walau ada yang tidak meminati novel? Sebab......

HARGA NOVEL LIMITED EDITION BOLEH MENCECAH HARGA RM1000!!

Yes! Bila kita beli novel limited edition dengan harga RM35-RM50 ketika novel masih dijual, harga novel tersebut lama-lama akan jadi mahal disebabkan quota yang dijual penerbit/penulis sudah habis. Ada ke novel yang mencecah harga RM1000 ni? ADA! Salah satunya yang paling famous adalah NOVEL PEREMPUAN YANG PALING AKU CINTA (PYPAC) ditulis oleh Acik Lana. Harganya novel hanya RM40 bila dibeli dengan Acik Lana namun bila novel itu sudah tiada cetakan tapi permintaan tinggi, novel PYPAC mencecah harga RM1000! Boleh google sendiri harga novel tu dimana-mana, paling murah orang jual hanya RM300.



Sebab itulah novel limited edition menjadi buruan orang ramai. Untung besar! Ainaa pun rasa menyesal pulak tak beli banyak-banyak novel PYPAC dulu kalau tak dah kaya. Hehe. Nak jual koleksi sendiri sayang oi. Peminat-peminat novel ni sanggup beli walau mahal sebab novel PYPAC sangat best kebabom. Begitu juga novel-novel limited edition yang lain. Sekarang ni memang banyak novel limited edition sampai tak terkejar dibuatnya dan antaranya novel limited dari penerbit Idea Kreatif Publication, Permata Hiraz Publication/Muna Mahira dan banyak lagi. Kalau nak senaraikan tak habis.

Ainaa pun tak ketinggalan beli novel limited ini sebab Ainaa memang kakinovel so tak hairan. Tapi Ainaa juga tak ketinggalan jual novel limited edition ni. Haha. Kalau berminat nak beli, boleh tengok novel limited apa yang Ainaa jual dan kalau berminat boleh contact Ainaa sepantas kilat.


NOVEL LIMITED EDITION RM50 TERMASUK POSTAGE SEMENANJUNG
WHATSAPP 019-9632283















You Might Also Like

3 Surat Cinta

  1. Wahhh.. aina pun ada koleksi novel limited edition sendiri ye.. tahniah..! :)

    Jangan jual dulu la aina.. tunggu harga ribu2 baru jual.. hehhehehee..

    biasanya org yg sanggup beli novel2 mcm ni mesti ada penulis kegemaran mereka kan.. penulis yang dah terbukti bagus dan hasil karya tak mengecewakan.. peminat setia mereka ni pasti sanggup berhabis ratusan ringgit untuk beli novel2 mereka.. :)

    Aina,
    novel lama2 zaman 90an ada jual tak..? yg second hand ke.. kak ain dah lama cari novel2 lama ni.. keluaran Creative Enterprise.. dulu2 glamour publisher ni.. sebelum wujud Alaf21, Buku Prima, Karya Seni semua ni laa... hehheehhee...

    kalau Aina tahu mana boleh dapatkan novel2 lama zaman 90an dulu, roger2 kak ain tau..tau..tau... ;)


    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh kak Ain pun nak buat koleksi ey...

      Delete