Badan Dihempap Makhluk Halus

cara elakkan ditindih waktu tidur, sebab ditindih makhluk halus,

Assalamualaikum. Siapa pernah kena tindih dengan 'makhluk halus' waktu tidur? Sepanjang 19 tahun hidup, Ainaa pernah sekali kena tindih masa sedap-sedap tidur tengah hari. Eh ke tidur petang... Hehe lupa la sebabnya dah lama kena tindih masa umur 17 tahun lagi. Ainaa tak tahu macam mana nak describe bila kena tindih tapi ketika tengah tidur tu tiba-tiba je kita tersedar 'dalam tidur' dan tak boleh bangun. Senang kata memang rasa ada benda besar yang menghempap badan kita sampai nak bersuara pun tak boleh. Walau dah cuba gerakkan badan, cuba celikkan mata tapi tak boleh buat apa-apa sampai la kita cuba untuk menjerit sekuat hati.... Masa tu juga bangun secara mengejut dan berpeluh-peluh. Walau tak ada kesan apa-apa yang Ainaa alami tapi tentu la rasa takut jugak serba sikit dua tiga hari lepas kena tu.

Penyebab Kena Tindih Waktu Tidur

Setakat ini apa yang Ainaa cuba search di internet, semuanya mengatakan tidak ada fakta yang munasabah dan tidak diketahui sebab sebenar kita diganggu ketika tidur. Kalau kata orang-orang tua, mereka cakap sebab kita tidur di siang hari lebih-lebih waktu lepas asar. Tapi kebanyakkan yang kena tindih bila tidur di malam hari jadi teori itu tak boleh dianggap sebagai faktor walau betul, tidur di petang hari tidak elok.  Wallahua'lam, kita tak tahu punca sebenar tapi apa salahnya kita cuba menjauhkan diri dari ditindih makhluk halus ni.

Apa yang perlu buat ditindih waktu tidur?

Bila rasa ditindih, tenangkan fikiran, jangan panik, setkan dalam kepala anggap biasa-biasa aje. Ada beberapa tips untuk kita praktiskan:

1. Tarik nafas sedalamnya dan tahan nafas beberapa saat sambil zikir dalam hati Allah sebanyak2nya, kemudian hembuskan perlahan2. Ulang beberapa kali.
2. Azan sekuat-kuatnya dalam hati, sehingga anda melepaskan suara azan dimulut.
3. Membaca ayat kursi atau apa-apa surah yang terlintas dikepala. Baca didalam hati.
4. Cuba gerakkan ibu jari perlahan2 sehingga anda mampu menggerakkan keseluruhannya.
5. Ubah posisi tidur.

Cara mengelakkan ditindih

1. Kibas tilam sebelum tidur
2. Menjaga kebersihan bilik / tempat tidur
3. Menjaga kebersihan jasad dan rohani sebelum tidur (berwuduk, zikir, mengaji sebelum tidur)
4. Membaca 3 qul tiup ditangan dan sapu keseluruh tubuh
5. Membaca ayat kursi sebelum tidur
6. Istighfar
7. Bismillah 21 kali
8. Tidur dilambung kanan

11 Comments

  1. Masa kena tindih tu nampak apa2 ke tak? Orang tua pesan jangan tidur telentang.... Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. xnampak apa sebab masa kena tindih tu kita tersedar tapi mata masih tertutup

      Delete
    2. kadang2 mata terbuka jer.. tapi takleh nak buat apa.. kejung.. semua anggota takleh gerak

      Delete
  2. Alhamdulillah tak penah kena dan taknak kena. Serammm

    ReplyDelete
    Replies
    1. seram kan cikmijah. aina pun dah amalkan tips2 tu sbb taknak kena tindih lagi

      Delete
  3. Cuba google sleep paralysis, that's the scientific side of this phenomenon. But yes, gangguan pun ya actually. Pernah kena dua kali. First time masa high school tak ingat form berapa. Second time baru tahun lepas which is weird since masa tu bulan ramadhan and tidur kat surau mengiring ke kiri. Second time lagi creepy kot tapi panjang nak citer haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup saya ada jumpa istilah sleep paralysis. cuba tak dimasukkn dlm entry :D

      Delete
  4. ni okey jugak buat alasan lambat masuk ofis

    ReplyDelete
  5. saya tidur pada pkul 11malam,saya bermimpi macam2 pada waktu itu.. ada mimpi ngeri.. orang mengejar saya dan tangkap saya.. saya terlintas untuk bangun dari tido.. saya bangun terasa tidak boleh bergerak dan rasa panas.. saya memandang sebelah kiri ada lembaga memandang.. berat pada waktu itu untuk menyebut allah.. slps berjaya menyebut allah terus hilang.. pengalaman saya

    ReplyDelete
  6. Time saya komen ialah time saya baru bangun tidur drpd kene tindih. Saya kene time pukul 12tghari. Saya krne tindih time dah separuh sedar dr tidur mata tak bole bukak apa yg saya cuma buat selalu bila kene tindih is walaupon saya tau suara keluar tak krluar sy ttp jerit Allahuakhbar bnyak² sambil paksa utk gerak²kan kaki smpai sy tersedar(act da bnyak kali sy kene tindih walau mcm mna sekali posisi sy tidur accept for tidur posisi belah kanan)

    ReplyDelete