meow bersama alang

Semalam dalam entry "Kucing Aku Bengal?" Ainaa ada mention kucing yang Ainaa panggil meow demam plus selesema. Bila dibawa ke klinik veterina semalam, doktor bagi dua ubat cecair dan picagari/penyukat ubat untuk meow makan sekali sehari ubat-ubat tu. Bangun je pagi-pagi lagi Ainaa dah bagi makan kat mak meow, Alang dan meow sendiri. Alhamdulillah meow dah mula makan sejak petang semalam. Ainaa sebenarnya confuse bila nak bagi kucing makan ubat, selepas makan macam manusia ke atau tengah hari ke.... lupa nak tanya doktor tapi Aina decide bagi je lepas dia makan pagi.

Kalau sebelum-sebelum ni kucing Ainaa yang lain susah nak makan ubat lebih-lebih lagi dia orang melawan dan muntahkan balik ubat tu. Itu kucing yang dulu-dulu, meow ni lain. Doktor cucuk semalam pun dia tak banyak bunyi walau ada sedikit penolakan dan tadi masa Ainaa nak suap ubat kat meow, Ainaa ada PA. hehe Anak saudara (panggil adik) yang berumur 3 tahun tolong masukkan picagari tu dalam mulut meow sementara Ainaa bukakan mulut meow. Mula-mula suap ubat oren adik tersilap tekan picagari tu sebelum sempat meow buka mulut jadi separuh tumpah separuh lagi Ainaa suapkan. Salah Ainaa juga lupa nak tunjuk contoh kat adik.

adik 

ubat-ubat meow

Nak suap ubat putih tu baru adik suapkan dengan betul dan dengan senangnya disuapkan ubat tu tanpa meow muntahkan balik dan langsung tak melawan! Baik betul meow ni berbanding kucing-kucing Ainaa sebelum ni. Meow ni dahla tak banyak bunyi, bukan asyik mengeow je. Tak. Tak pernah buat bisingg. Alahai, semakin jatuh chenta pulak kat meow si kucing jantan ni. Tapi tak berapa jantan sebab penakut, pondan. Tak apalah meow, pondan ke apa asal kau baik-baik dah senangkan hati.

2 Comments

  1. Kucing pun kalau demam ada ubat kan...comel je..tp x susah ke nak bagi dia ubat?

    ReplyDelete
  2. wah kucing pun ada ubat...baru tahu

    ReplyDelete