Baca Secara Online III

Assalamualaikum, hi, konnichiwa, annyeong, ni hao, hola! Sebelum tu, entry kali ini adalah sambungan entry "Baca Secara Online" dan juga entry "Baca Secara Online II". Memandangkan ramai yang bertanya macam-macam di entry yang lepas-lepas, jadi Ainaa buat part 3 ni bagi menjawab soalan-soalan tu semua. Sambil tu Ainaa nak perkenalkan application novel online/e-novel bagi peminat novel dan orang-orang yang suka baca cerita secara online ni.

First, Ainaa keliru sebenarnya sama ada soalan tu dia tanya ada tak link novel di pasaran atau pun dia tanya Ainaa ada jual tak novel-novel tu. Tapi tak apa, Ainaa jawab. Kalau korang nak baca bab awal novel-novel yang ada jual kat kedai-kedai buku tu, boleh ke blog/wordpress/web penulis atau try search bab beserta tajuk novel yang korang nak baca. Contoh, search di google "Suri Hati Mr Pilot Bab 10". Ni bagi siapa yang tak tahu lah macam mana nak specific kan sebab ada je yang tak tahu. Kalau search "suri hati mr pilot" di Google terlalu am. Nanti susah pula nak cari bab awal novel tu.

Bagi sesiapa yang nak beli novel secara online pula, kalau dah nak gi kedai jauh pulak tak pun malas kan.... Boleh beli dengan seller-seller online di Instagram. Ramai je sekarang yang jual novel secara online. Salah satunya seller online di Instagram @jualnovelmelayu_murah dan @abamnik_bookstore .


Inilah web/application yang Ainaa nak kenalkan kepada peminat-peminat novel. Ainaa rasa dah ramai yang tahu pasal WATTPAD ni yang korang boleh install dalam Play Store Jadi kemana pun korang berada, boleh baca e-novel secara percuma... janji ada internet! Ya, untuk buka Wattpad ni perlu ada wifi/data internet baru boleh baca. Nak buka melalui laptop pun boleh melayari wattpad.com .

Segalanya di hujung jari je sekarang. Nak baca apa-apa novel boleh search di Wattpad atau Google saja. Nak beli novel secara online pun klik-klik je tunggu depan rumah tengok-tengok dah sampai. Itu saja kut untuk Baca Secara Online III ini. Kalau ada apa-apa soalan boleh tinggalkan komen, Ainaa akan cuba untuk bantu.

Dan.... Kat bawah ni ada senarai users/publishers yang ada upload bab awal novel-novel waima dah berada dipasaran, bakal terbit atau yang terus habis di Wattpad. So, selamat membaca and enjoy your reading.

BACA NOVEL SECARA ONLINE DI WATTPAD :

1) @karyaseni2u (https://www.wattpad.com/user/karyaseni2u)
2) @October_Love (https://www.wattpad.com/user/OctoberNovel)
3) @syamnuriezmil (https://www.wattpad.com/user/syamnuriezmil)
4) @sha_ibrahim (https://www.wattpad.com/user/sha_ibrahim)
5) @annaleejue (https://www.wattpad.com/user/annaleejue)
6) @BukuFixi (https://www.wattpad.com/user/BukuFixi)
7) @FarahHusain (https://www.wattpad.com/user/FarahHusain)
8) @sara_aisha (https://www.wattpad.com/user/sara_aisha)
9) @UmieNadzimah2015 (https://www.wattpad.com/user/UmieNadzimah2015)
10) @AcikLana (https://www.wattpad.com/user/AcikLana)
11) @DeknaLee (https://www.wattpad.com/user/DeknaLee)
12) @KayDelaila (https://www.wattpad.com/user/KayDelaila)
13) @KaryaLepakRinAhmad (https://www.wattpad.com/user/KaryaLepakRinAhmad)
14) @erk888 (https://www.wattpad.com/user/erk888)
15) @AmeeraAmeer6 (https://www.wattpad.com/user/AmeeraAmeer6)

3 ulasan:

  1. Wattpad sekarang dah tak best macam dulu.. Sekarang kena paksa tengok iklan untuk author yang terpilih..

    Agak menyampah bila kena paksa.. Hmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. laa yeke sis... ainaa xpernh pula kena mcm tu. yg iklan tu dlm apps ke web?

      Padam

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.