Dah empat orang! Dah empat orang cakap muka Ainaa sama dengan muka kawan diorang lah, junior lah, muka sama dengan someone yang diorang kenal laa....

Sekali tu masa kat sekolah menengah dulu, masa tu Ainaa join pergi panjat Gunung Stong, ada yang tegur cakap pernah nampak Ainaa. Rupa-rupanya akak tu jiran nenek Ainaa jadi dia cakap pernah nampak Ainaa tu sebenarnya sebab muka Ainaa sama dengan mak saudara. Itu yang dia cakap macam pernah nampak. 

Dah masuk universiti di Petaling Jaya ni pula, tiga orang kawan Ainaa cakap muka Ainaa sama dengan junior diorang. Dan yang paling terbaru ada sorang sister ni dia lalu dan tiba-tiba muka dia macam excited, senyum dan tunjuk ke arah Ainaa. Ainaa senyum jelah walau tak kenal siapa sister tu. Kawan kepada kawan Ainaa yang cakap muka sama dengan junior dia tu siap nak tangkap gambar tapi tak sempat.


Wah, kelakar jugak rasanya. Mula-mula kawan tegur cakap sama dengan junior dia tu, Ainaa tak adalah kisah sangat. Tapi ini dah ramai yang cakap sama, memang rasa macam kebetulan apakah ini? Atau kusudah temui 7 muka yang sama? 

Ramai pelanduk dua serupa dengan Ainaa kan. Diorang main copy paste agaknya muka ku ini. Kekeke

8 Comments