Pee Mak. Cerita hantu dari Thailand yang biasanya kita tahu cerita hantu Thailand ni menakutkan dan sangat seram. Tapi lain pula dengan cerita Pee Mak yang bawa kelainan dalam ceritanya. Nak tahu apa yang yang best dengan cerita Pee Mak ini? Mari Ainaa nak ceritakan.

Sebenarnya Ainaa dah lama tengok cerita Pee Mak ni tapi minggu lepas tengok semula dengan kawan-kawan dan hari ini baru rajin nak review movie dari Thailand ni. Sadis kan.

Mula-mula, Ainaa takut jugak nak tengok sebab memang dah lama sangat tak layan cerita-cerita hantu walaupun dulu Ainaa suka layan cerita hantu. Lebih-lebih lagi Ju-On. Tapi kuatkan diri tengok selepas SPM. Dan apa yang Ainaa nak cakap, cerita hantu ni sangat-sangat kelakar! Ceritanya bukanlah seperti cerita hantu melayu, tapi kelakarnya sampai terbahak-bahak. Aina dengan roomate siap terguling-guling lagi. Senak perut dibuatnya.

Cerita Pee Mak ini ada tiga dalam satu cerita. Seram itu ada tapi bagi yang dah biasa tengok cerita hantu, mungkin akan cakap tak seram langsung atau seram sikit je. Yang paling penting cerita ini lebih kepada cinta seorang suami kepada isterinya. Cinta Mak terhadap isterinya, Nak. Mak dan Nak. Bukan emak dan anak ya. Mak dan Nak itu nama watak dalam Pee Mak. Dan satu lagi, sedih saat-saat akhir tu. Masa semuanya dah terbongkar.

Tapi.... boleh tak kalau Ainaa nak cakap cerita ni sangatlah sweet? Hehe betul! Walaupun cerita hantu, tapi ceritanya  sangat sengal dan sweet. Aish, kalau nak tahu kena tengok sendiri. Berani jamin yang penakut pun akan tergelak sakan.

................

SINOPSIS PEE MAK :

Pee Mak yang sedang berperang mengalami luka yang parah akibat ditembak. Tapi kerana kerinduan dan rasa cinta terhadap isterinya, Nang Nak yang sedang hamil, Pee Mak berjuang mati- matian untuk bertahan di medan perang tersebut. Setelah tugasnya selesai, Pee Mak beserta 4 temannya; Ter, Aey, Shin, dan Puak, mengunjungi  isteri yang tetap setia menanti.

Ke-4 temannya tersebut mencurigai ada sesuatu yang aneh di diri Nak. Selain itu penduduk sekitar sangat takut terhadap Nak dan berusaha memperingatkan Mak bahawa Nak sudah meninggal beberapa bulan yang lalu dan yang kini tinggal bersama Mak adalah hantu Nak yang tidak rela berpisah dari suaminya. Kini adalah tugas Ter, Puak, Aey, dan Shin yang harus meyakinkan Mak untuk menjauh dari Nak.

4 Comments