Ya Allah... mencabar sungguh cabaran kali ini. Boleh tergugat iman dibuatnya masa karang entry ini. Dugaan-dugaan. Tapi kena buat jugak, sebab nak sahut #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015. Kau orang yang tengok pun, sila bertabah ya. 


MENU WAJIB BULAN PUASA

1- Kerang

sumber : google

Ainaa bukanlah penggemar kerang dan Ainaa alergik dengan makanan laut termasuk kerang ini. Tapi.... keluarga Ainaa yang lain semua hantu kerang! Bukanlah makan tiap-tiap hari, tapi dalam bulan Ramadhan itu akan wajib satu malam tu kami beli kerang dua tiga kilo dan makan ramai-ramai dengan sos. Pergh. Ainaa yang tak minat pun boleh jadi terliur sebab tengok abang-abang makan. Tapi yang tukang basuh dan rebus kerang mestilah abang Ainaa. Yang pemalas pun jadi rajin sanggup pergi ambil batang pisang nak basuh kerang tu. HAHA


2- KERABU PERUT/KAKI AYAM
sumber : google

Yang ni satu keluarga Ainaa suka makan! Setiap kali berbuka mesti kena ada kerabu perut atau kerabu kaki ayam ni. Dulu Ainaa tak minat kerabu perut, tapi sekali cuba.... Amekaw, aku pulak yang lebih-lebih. Nak lebih syiok atau nak makan sepuas-puas hati kerabu perut ni, makan yang mak Ainaa masak. Banyak dan lebih masam sikit. Baru sedap kebaboom sampai nak jilat je mangkuk tu.


Ainaa kongsi dua saja menu wajib yang ada jika berbuka puasa. Ada banyak lagi sebenarnya tapi kita tunjuk dua je. Tunjuk lebih-lebih kan ada yang terbatal puasa.

3 Comments

  1. aina,kak ana suka makan kerang juga ;)

    ReplyDelete
  2. Alahai, lamanya tak makan kerang. Bakar atau rebus pun sedap. Yummy! hehe :D

    ReplyDelete
  3. tunjuk la banyak gambar lagi hahaha

    ReplyDelete