Beza Demam Dulu Dan Sekarang
Sebelum balik Kelantan jumaat lepas, dua tiga hari sebelum tu dah rasa sakit-sakit tekak. Sampailah semalam, masa perjalanan ke Selangor ni, terus demam dalam kereta. Topup sekali dengan sakit tekak dan selesema Padahal dah lama tak demam sejak Ainaa kena sakit teruk masa SPM dulu.
Dulu, demam kat rumah ada mak yang jaga makan minum, ubat segala. Ada orang yang ambil berat pasal kita. Jadi kalau terbaring je atas katil tak ada hal sebab ada mak.
Sekarang, demam pun sorang-sorang je. Roomate dan classmate yang ambil berat pun, paling-paling tanya okey ke tak dan bagi ubat panadol diorang. Alhamdulillah. Baik betul roomate aku ni. Terharu. Haha Tapi masih berbeza dengan cara mak kita jaga.
Ada kat asrama kena pandai-pandai uruskan diri kalau demam. Kat rumah, mak ada. Sebab itu, sanggup Ainaa pergi telan dua pil sekali gus, nak cepat demam punya pasal. Kalau tak, jadi macam kelas siang tadi. Tulis nota pun merepek je. Huhu
THANK YOU MOMMY, SELAMA NI JAGA ANAK BONGSU MOMMY NI DENGAN TABAHNYA KALAU DIA DEMAM. :')
3 Comments
bila berjauhan boleh berdikari...cepat jadi matangnya.
ReplyDeleteGet well soon adik...alahai demam ye...jaga kesihatan elok2
ReplyDeletekenanglah jasa ibu :')
ReplyDelete