Kelas Memandu - Part 1
Assalamualaikum!
Mueh mueh mueh !! Nak gelak tergolek-golek boleh? Macam tak caya je anak mami abah ini dah bosar. Haha Siap masuk kelas memandu dah. Caya tak caya tak boleh nak elak dah bahawa daku ini dah 17 tahun dan nak akan menjadi angka 18. Alamak! Semakin tua. T_T
Sebenarnya niat nak buat lesen pada bulan satu tahun depan. Tapi masa majlis akhir tahun kelas 5Syafie(A) hari Rabu lepas.... Semangat nak ambil lesen tu berkobar-kobar apabila ada dua rakan yang nak menghadiri KPP-1 pada hari khamis. Nak join jugak!
Lepas dah beritahu abah tu, kena ambil sungguh lesen dengan abang saya. Haha dan semalam, hari jumaat pergilah kitorang dua beradik menghadiri KPP-1. Dari pukul 7:30 pagi lah dah cikgu memandu datang ambil kitorang.
KPP-1 ni berlangsung selama 6 JAM !! Kau bayangkanlah! Dari 7:30 sampai pukul 6 baru pulang ke rumah. Balik aje dari kelas KPP-1 tu memang kepala dah berputar-putar siap datang dengan pakej nak muntah lagi! Ni baru namanya belajar sampai muntah hijau!! Sakit-sakit.... *__*
Hari isnin atau jumaat minggu depan kena masuk ujian berkomputer pula. Entah macam manalah nasibku. Harap-harap lulus. Tak mau lah kena ulang!! Harap sangat dapat cepat-cepat siapkan lesen memandu ni. Argh. >_<
0 Comments