AFB FEEDS

Drama Cinta Pandang Ke-2 (Adaptasi Novel)


Assalamualaikum!




Nampaknya kita akan terus disajikan dengan drama-drama adptasi
novel non-stop sehingga.... bila entah. Tapi yang pasti sekarang dan sampai bulan satu
2014, banyak drama adaptasi novel aje yang ada.


DRAMA CINTA PANDANG KE-2 INI BAKAL DITAYANGKAN PADA HARI KHAMIS (5DISEMBER) INI, JAM 8:30 MALAM DI TV9 SLOT AURORA.


Drama ini diadaptasi dari novel Cinta Pandang Ke-2 karya Laila Kamila
yang diterbitkan dibawah terbitan Alaf21. Saya belum pernah baca lagi novel ini tapi
penulis Laila Kamila memang sudah sebati dengan peminat-peminat novel.


SINOPSIS CINTA PANDANG KE-2 : 
 

‘‘Dahlah gemuk macam gajah, garang pulak macam singa! Patut tak payah pergi sekolah, duduk saja dalam hutan!’’

Zairul Hasmat memang meluat dengan Ainnur Azleen. Walaupun mereka berdua sekelas, tetapi tidak pernah sebulu. Ada saja sikap Ainnur yang menjengkelkan hatinya.
Di sekolah, Zairul ‘prince charming’ dan menjadi kegilaan sedangkan Ainnur si Ugly Betty. Beza mereka macam langit dengan bumi!
Disebabkan badan saiz XXL, Ainnur hanya mampu memuja Zairul di dalam diam.
Zairul pula memang seronok menyakat. Tidak sudah-sudah mengejek Ainnur menyebabkan Ainnur berasa hati lalu lalu nekad bertukar ke sekolah lain.

Setelah bertahun lamanya masa berlalu….

Zairul-Pertama kali bertentang mata, hatinya sudah terpikat. Kecantikan yang dimiliki gadis itu membuatkan jiwa lelakinya tidak keruan. Tetapi layakkah mat despatch bercinta dengan bos sendiri?

Ainnur-Parut lama kembali berdarah. Lelaki itu telah masuk perangkap cintanya. Aha! Inilah masanya untuk membalas dendam lama.




DRAMA INI DIBINTANGI OLEH :

 Izara Aishah, Dazrin Kamarudin, Maria Farida, Ridzuan Hashim, Ery Zukhairi, 
Erynne Erynna, Along Eyzendy, Amira Rosli, Abby Nour, Jazli Hassan, Haizat Hassan 
serta turut memperkenalkan Eiyha Abdullah dan ramai lagi...



 PROMO CINTA PANDANG KE-2 :



Drama ini akan saya update di TONTON ONLINE bagi yang tidak
sempat menontonyya. Jangan risau, okey. ;)



(LAGI DRAMA ADAPTASI AKAN DATANG ---> BUKAN KERANA AKU TAK CINTA)

You Might Also Like

6 Surat Cinta

  1. Member saya sepupu dazrin. Nak bagitau dia lahh...

    ReplyDelete
  2. macam best ja :) kisah dr zaman skola

    ReplyDelete
  3. dh carik kt popular..tp x jmpe :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh beli terus daripada penulis bersama autograf. cari di FB lailakamilia

      Delete