*saya gunakan konsep chubby sebagai pengganti bagi gemuk*


Badan anda slim? Atau chubby?
Perlukah anda rasa malu, terhina atau perlukah dibanggakan?


PENDAPAT SAYA DENGAN BADAN SLIM

Orang perempuan ofcourse lah mahu badan yang slim kan? Dan mesti ramai yang berebut-berebut mahu badan seperti kerengga ini......


Cantik ke badan macam kerengga ni? Cantik lah kut.... Bagus juga jaga badan ni kan? Bagus lah slim. Tidak mudah kena penyakit jantung, kalestrol tinggi ke dan sebagainya. Tapi janganlah kita mengambil kesempatan dengan badan slim yang kita ada ini. Iaitu dengan memakai pakaian yang nampak susuk tubuh badan kita. Kalau kita perhatikan dimana-mana, ramai sebenarnya yang memakai pakaian mengikut lengkuk tubuh. Padahal yang namanya tutup aurat bukan sahaja kena tutup kepala dan badan. Ada syarat-syaratnya lagi yang patut umat Islam patuhi.

Tapi itulah.... Ramai yang tahu tapi buat-buat tak tahu. Ada juga yang tahu tapi belum mengetahui dengan lebih detail. Ada juga yang tak tahu dan memang tak nak ambil tahu. Nampak title berkaitan cara pemakaian mengikut syariat Islam terus close. Terdengar kat tv terus tukar channel. Orang bagi nasihat kata berlagak jadi ustaz/ustazah pula.

Okey, back to the topic. Orang kata... Berbadan slim, ramai yang orang nak. Tapi patut anda tahu bahawa masih ada lelaki yang suka dengan perempuan chubby. Mungkin tak ramai dan mungkin ramai. Orang lelaki pulak, tak sesuai kut badan 'slim' ni. Lelaki sesuai badan tough. Barulah nampak macho.Macam Fahrin Ahmad ke... Paling koma macam Azlee Khairi. Setuju tak gadis sekalian? Hehe


Dan orang perempuan... nak badan kurus pun, tengok-tengok lah juga. Jangan jaga badan sampai orang gelarkan badan sekeping macam papan. Sampai pegang pun rasa tulang. Isi sikit jea ada. Pipi pun cengkung. Dah melampau dah tu. Macam orang sakit pulak.


 Nak kurus tapi biarlah bertubuh sedikit. Adalah isi juga. Baru nampak cantik. Barulah sedap dipeluk. kihkih   =3


PENDAPAT SAYA DENGAN BADAN CHUBBY

Okey what? Chubby.... Chubby bagi saya diketegori orang comel. Cute! Pipi tembam camtu, comel apa!
Macam baby ni hah......

Comel! Tapi...... kalau chubby comel tak apa. Jangan sampai chubby yang boleh bawa kepada penyakit. Jangan sampai digelar obesiti atau gemuk. Kalau orang gelarkan anda chubby tu maknanya anda masih comel walaupun berisi. Eh, ada pulak camtu kan. Hihi Betul lah.... Ramai tau orang nak kat orang chubby ni! Tapi jangan sampai terover. Jangan sampai satu hari makan lima enam kali lepas tu penuh pinggan pulak tu. JANGAN! Tu dah bawa bawa kita kepada obesiti/gemuk. 


Kenapa perlu hindari tubuh badan yang menggambarkan kita gemuk/obesiti? Sebab tak cantik/handsome tu satu hal. Tapi tu yang kedua terpenting. Yang paling penting sekarang adalah kesihatan anda! Kalau kita obes, maknanya banyak penyakit yang mudah kita dapat. Antara yang tersohor ialah sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Semua ini boleh bawa maut tau.

[ klik pada gambar untuk kanta pembesaran ]

Jadi konklusinya, badan slim atau chubby. Kena ikutilah pemakanan yang seimbang supaya badan sentiasa sihat dan cergas. Tak perlu berbanding/mengejek  

'eh, badan aku slim. cantik. tak macam kau, gemuk!' 

atau

 'badan sekeping macam papan! aku tengok tak berselera.'

TAK PERLU! Tak elok. Nanti Allah tarik balik kurniaannya baru kita tahu. 
Bersyukurlah dengan ciptaan Allah S.W.T. Bersyukur dengan kurniaan Allah taala terhadap kita.

7 Comments

  1. Nice entry . Yes ! Saya pon tgah diet . Dari 50 nak ke min 46 . doakan saya . btw lawat blog saya http://mrssuperawesome.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. hihihiii.. ya kurus sangat pun tak lawo, chubby sangat pun tak lawo. sedang2 tak mengapa. kira bmi lah senang, klu healthy weight tu kira okey lahhhh.. :D

    ReplyDelete
  3. promosi entry blog anda di radio kami,admin berbesar nak tolong kawan2 lain jom letak player radio station admin di blog anda...
    http://wwide-fm.blogspot.com/p/player-radio.html#.Ul33NtKmhjg

    ReplyDelete
  4. saya suka selim. tapi tak kurus. :h sebab badan yang curvy lagi cantik.. itu pendapat licha la kan. hehe.. tapi yang paling tak suka perut buncit. tak kiralah lelaki ke perempuan. rasa nak suruh buat sit up sekarang jugak. hehe

    ReplyDelete
  5. hi...
    sy pun dlm golongan si tembambam n chubby jgak laaa...
    pipi slalu kne attack dgn pak sedara n also kwn...
    mostly sy knal lelaki, diowg ske pmpn tembam...mungkin sbb nmpk comel kot...
    kot laaaa...
    so,maintainkan pipi e2...

    ReplyDelete