AFB FEEDS

Autumn Di Hatiku


Yuhuuu!
Tentu ramai peminat k-pop yang teruja dengan drama
Autumn Di Hatiku yang ditayangkan di Tonton.Com.My terdahulu sebelum
ditayangkan di kaca televisyen.

Antara pelakonnya Hanez Suraya, Kim Jung Sung (JS), Aiman Hakim,
Ezzaty Abdullah dan Anas Ridzuan.

Sinopsis Autumn Di Hatiku :

Autumn Di Hatiku mengisahkan tentang seorang gadis manis dan happy go luck bernama Nina (lakonan Hanez Suraya) yang berkerja di kedai roti. Akibat landakan Hallyu Wave Korea yang melanda Malaysia, Nina juga tidak ketinggalan, dia adalah seorang peminat K-pop yang fanatik. Kehidupannya segala-galanya mesti bersangkut paut dengan Kpop dari pakaian sampailah sanggup belajar bahasa Korea. Bersama dengan Jaja (Ezzaty Abdullah) adalah kawan paling karib dia adalah juga peminat drama Korea, dan tentu saja bila bertemu cuma bergosip dan bercerita hanya tentang drama Korea apa yg terbaru dan apa yang berlaku dalam drama tersebut.

Suatu hari seorang pemuda Korea singgah dikedai roti tempat Nina berkerja. Jatuh cinta pandang pertama itu yang terjadi pada Nina ketika melihat Park Au Tum (Kim Jin Sung) yang  tentu saja menepati segala citarasa impian Nina.  Autumn (nick yang diberi Nina) datang ke Malaysia untuk urusan perniagaan kurang fasih berbahasa english manakala Nina pula seorang yang pemalu dengan lelaki.

Zidick (Aiman Hakim) adalah merupakan rakan sekerja Nina yang fasih berbahasa Korea kerana dia pernah tinggal di Korea, kini menjadi guru bahasa Korea Nina kerana Nina memaksanya mengajar bahasa Korea semata-mata ingin mendekati dan menarik perhatian Autumn. Zidick pula memang menyukai Nina sudah sekian lama tanpa disedari oleh Nina.

Nina dan Jaja pula selalu menghadapi masalah dengan Kai (Anas Ridzuan) anak tuan rumah yang disewa oleh Nina dan Jaja. Satu hari Kai  mempermainkan untuk tujuan memalukan mereka berdua memberitahu mereka telah memenangi pakej percutian ke Korea. Kai sebenarnya dalam dalam diam menaruh hati pada Jaja.

Apakah berlaku kepada mereka? Dapatkah Nina memikat Autumn? Apakah Park Autumn tahu bahawa seorang gadis Malaysia telah jatuh cinta kepadanya? Bagaimana pula helah Zai tentang pakej melancong ke Korea itu? Apakah Nina menyedari yang Zidick mencintai dia secara diam? Dapatkah Zai menarik hati Jaja yang membenci dia atas segala perkara yang menyakitkan hati dilakukan Zai kepada Jaja dan Nina?

 # Sumber : Adam Faiz


Ini pula trailer Autumn Di Hatiku : 

Teruja tak? Teruja tak? hehe
Saya yang dah tak layan korea ni pun jadi teruja.
Tapi apabila mengingatkan yang Autumn Di Hatiku ni drama...
 huhu tak apalah. Tunggu nun bulan 12 lah. Sekarang ni fokus kat exam yang
tinggal lebih kurang 2-3 bulan aje.
 
Gambar- Gambar Autumn Di Hatiku:
*klik pada gambar untuk kanta pembesaran*










#Sumber : Autumn Di Hatiku Fanpage

Dalam entry ini juga saya sertakan tutorial daftar Tonton.Com.My
bagi mereka yang belum daftar dan tidak tahu caranya.


Tutorial Daftar Tonton :
*klik pada gambar untuk kanta pembesaran*

1- Klik ini > Tonton.Com.My

2- Klik Register

3- Isi butiran anda pada ruangan yang diberi. Pastikan yang berbintang (*) itu anda isi. Pastikan anda tick pada 'Send me Update & Terms of Use'. Selesai isi, klik register!
*abaikan tulisan yg ditulis pada gambar*

4- Pergi ke email anda dan cari email yang dihantar oleh Tonton.Com.My. Dalam email anda, akan ada link. Klik link tersebut.

5- Kemudian anda perlu Log In semula.

6- Kemudian anda sudah boleh menonton Autumn Di Hatiku dan juga drama-drama yang lain!!

SELAMAT BERJAYA! (^_^)

Okey, faham adik abang kakak semua?
Senang aje kan? Sekarang dah boleh tonton Autumn Di Hatiku kan? 
Suka lah ter. hehe Bagus betul ada tonton ni kan? Kita boleh tonton drama yang
kita tidak sempat tengok.

 Buat pengetahuan anda, Tonton.Com.My akan update drama
apabila tamatnya drama itu dalam TV. 
Wah! Cepat kan? :)

Okeylah, setakat ini sahaja entry pada kali ini.

Wailalliqa' !! =)

You Might Also Like

4 Surat Cinta