PRU13: Saya Soal, Anda Jawab
| KLIK UNTUK KANTA PEMBESARAN |
Saya bertanya, korang jawab dalam hati. =)
p/s: nak jawab dalam komen pun boleh
1) Adakah pemimpin kita sekarang ini layak digelar pemimpin?
2) Adakah pemimpin kita sekarang ini menjalankan/menegakkan hukum Allah?
3) Adakah pemimpin kita sekarang ini bersikap adil?
4) Adakah pemimpin kita sekarang ini boleh dirujuk jika rakyat ada
masalah soal agama/Islam?
5) Selepas anda meninggal, anda mahu jenazah anda disembahyangkan oleh
pemimpin kita sekarang ini atau tok guru?
Selamat Menjawab!
PRU13 INI, PANGKAHLAH YANG LAYAK MENJADI PEMIMPIN NEGARA MENGIKUT ISLAM!!
............................
| CIRI - CIRI PEMIMPIN MENURUT ISLAM |
1. Islam - Pemimpin itu mestilah seorang muslim yang benar-benar
menghayati agamanya. Ini kerana Islam tidak membenarkan adanya golongan
kafir yang memerintah umat Islam;
2. Adil - Sifat ini perlu dimiliki oleh pemimpin umat Islam, ekoran betapa pentingnya tampuk pemerintahan yang dipegangnya itu. Ia adalah ibarat penyaksian kepada terlaksananya hukum Allah atau tidak di muka buminya ini. Sebagiman syarat penerimaaan syahadah dalam hukum jenayah memerlukan sifat adil ini, maka apatah lagi tugas besar memimpin umat Islam;
3. Ilmu - Golongan ulama dan umara perlu digabungkan untuk membentuk satu kesatuan bersepadu merencanakan arah geraknya masyarakat Islam didalam kehidupan seharian.Apatah lagi kalau sifat ini dimiliki pula oleh seorang pemimpin yang berwibawa dan berhemah tinggi.
4. Melaksanakan hukum Allah.
5. Tidak berlaku zalim.
Ada dinyatakan oleh Al-Imam Hasan Al-Basri kepada Amirul Mukminin –Umar bin Abd Aziz ketika ditanya tentang apakah kriteria sebenar seorang pemimpin umat Islam dengan katanya,

"Sesungguhnya Allah telah menjadikan para imam yang adil itu adalah pembaiki kepada kerosakan, pembetul kepada penyelewengan, pemusnah kepada kezaliman, dan pembela kepada yang lemah, pembantu kepada yang dizalimi; dialah yang melaksanakan hak-hak Allah kepada hambanya, mendengar ayat-ayat Allah dan memperdengarkannya kepada rakyatnya, melihat tanda kekuasaaannya dan memperlihatkannya kepada mereka, berjalan diatas tali Allah dan mengajak manusia bersamanya;..dia umpama seorang hamba kepada para rakyatnaya – menjaga harta dan juga keluarga tuannya, tidak sekali-sekali menghukum dengan cara jahiliah dan mengikut hawa nafsu mereka, tidak menyelusuri jalan orang-orang yang zalim, tidak bersifat dengan golongan pembesar mustakbirin dalam menindas golongan lemah mustada’fin, dialah penjaga anak yatim, pembantu kepada orang-orang miskin, mendidik anak-anak mereka dan menjaga kaum tua mereka."
1 Comments
Harap pemimpin yg akan datang utamakan Islam, amin :)
ReplyDelete