Lestary TV3: Kisah Cinta
Setelah dua minggu berturut-turut telemovie pada
hari selasa, kini drama TV3 slot Lestary muncul lagi. Setelah
disajikan dengan telemovie Serindu Taj Mahal dan Andai Itu Takdirnya,
kita akan mengahayati drama Kisah Cinta.
Barisan pelakon yang bakal memainkan peranan masing-masing :
Shaheizy Sam
Nur Fazura
Nadia Aqila Bajuri
Ungku Ismail
Nazim
Othman
Fazlina Ahmad Daud
Arash Mohd
Kuza
Syahrul Ridzwan
Tya
Adnan
Sinopsis Kisah Cinta :
Konflik bermula dalam satu kemalangan tragis pada malam sambutan Tahun Baru 2013. Zainal dan Zaharah maut selepas kereta mereka dirempuh lori kontena dari arah bertentangan di Lebuhraya Utara-Selatan. Berlaku kekacauan sewaktu pengurusan jenazah mereka dalam kalangan anak masing-masing. Azalea anak kepada Zainal manakala Shah anak kepada Zaharah melaporkan bahawa ibu bapa mereka bukan pasangan suami isteri.
Azalea tidak pernah mengenali Zaharah dan begitu juga dengan Shah yang tidak pernah mengenali Zainal. Dalam erti kata lain, masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain. Selepas selesai segala urusan tuntutan jenazah dan kedua-dua pasangan itu selamat disemadikan, Azalea dan Shah mula mencari jawapan untuk segala persoalan dan kemusykilan yang timbul daripada kejadian tragis yang menimpa ibu bapa mereka.
Akhirnya, mereka membenci antara satu sama lain selepas menemui jalan buntu dan mula menuding jari menyalahkan diri masing-masing atas kejadian yang berlaku. Sewaktu mengemas barang-barang peninggalan arwah ibunya, Shah terjumpa sebuah kotak yang mengandungi surat lama milik Zainal dan ibunya. Pada mulanya Shah mahu membuang saja surat berkenaan, tetapi dihalang Azalea. Menurut Azalea, dia juga menjumpai surat antara bapanya dan Zaharah. Azalea ingin tahu kesinambungan surat berkenaan.
Baginya, ia peluang keemasan untuk mereka menyelesaikan semua tanda tanya. Shah jelas tidak berminat kerana takut kebenaran akan melukakan hati semua pihak. Selepas dipujuk Azalea, Shah akur. Mereka cuba menyelami kisah sebenar Zainal dan Zaharah berpandukan kronologi cerita yang dapat mereka ungkapkan daripada surat berkenaan.
Mereka mula menjejakkan kaki ke tempat yang tertulis, mencari nama yang disebut dan memahami perkara yang diceritakan. Satu persatu kisah terungkai, dalam tidak sedar Azalea dan Shah mula mencipta kisah mereka sendiri di atas perjalanan ibu bapa mereka. Bagaimanapun, perjalanan mereka bukanlah semudah itu. Pelbagai halangan yang harus ditempuh. Kekasih Azalea, Johar kurang senang dengan situasi ini. Marina, ibu Azalea juga tidak suka dengan usaha anak perempuannya itu.
Baginya, Zaharah adalah perempuan simpanan suaminya dan Shah seperti ibunya, bukanlah orang yang baik. Shah pula terpaksa mengorbankan waktu kerja sehingga dibuang kerja. Misi mereka untuk mencari jawapan terpaksa dihentikan. Hidup dan realiti mereka perlu diteruskan.
[SUMBER: KISAH CINTA LESTARY TV3]
Cerita ini bakal ditayangkan pada 23 April 2013 7 7 Mei 2013
di TV3 slot Lestary. Yakni setiap hari selasa.
Jangan lupa untuk saksikannya!

Cerita ini bakal ditayangkan pada
di TV3 slot Lestary. Yakni setiap hari selasa.
Jangan lupa untuk saksikannya!
2 Comments
hi me dear...
ReplyDeletekita link entri ni untuk kisah cinta di tv3 tau. tq.
ni dri novel kew?klu dri novel,sye na bli laaa...bez kowt...
ReplyDelete