Bila Irfan Dapat Adik
Alhamdulillah!
Ahli keluarga semakin bertambah!
Bertarikh 25/03/13 lahirlah adik
Nik Irfan Shah. Baby boy jugak! Wah!
Irfan dah jadi abang. Suka betul dia. Kalau tanya siapa
abang dengan bangganya dia tepuk dada sambil cakap "Ni abang!"
Aleeer! Geramnyaaa....
Tapi kesian juga kat Irfan sebab terpisah dengan mamanya
Tapi kesian juga kat Irfan sebab terpisah dengan mamanya
3 hari.. Yalah, Irfan manja dengan mama dia.
Masa mula kakak ipar saya masuk ke dalam wad selepas bersalin tu.
Bawalah Irfan sekali. Yang sedihnya selalu sebut "mama...mama...mama..."
Sedih semacam. Jebek!
Tapi last-last nangis. Meraung dalam wad tu sampai abang saya
terpaksa buat lari keluar. Masa tu lah sedih.
Irfan siap hulur tangan sambil panggil mamanya. Aduhai!
Abang tak boleh sedih!
Jadi 3-4 hari tulah mami saya mengasuh Irfan.
Sian kat abang sampai demam. Kat rumah selalu tanya
"Ne mama? Ne mama?"
Letih mulut nak jawab sebab dia tanya banyak kali.
Tak apalah abang...
Abang dah ada adik. Lepas ni tak boleh
manja-manja. Biar adik pula yang dimanjakan mama.
Lepas ni abang manja-manja dengan papa, abah tok, mami tok dengan
mak saudara dan ayah saudara abang ya...
ketika menyambut birthday Nik Irfan Shah ke-2 tahun | 14/03/13|
1 Comments
Alolo menangis pulak dye :)
ReplyDelete