First...
      Pakaian. Kalau nak keluar rumah, tentu gadis-gadis remaja zaman sekarang akan bingung kan nak pakai apa? Sudah tentu kita mahu kelihatan cantik, comel dan bergaya. Sudah jadi tabiat untuk gadis remaja akan bingung dalam memilih pakaian yang sesuai dan menampakkan kita cantik. Lebih-lebih semasa hendak keluar dengan pakwe atau reunion dengan kawan-kawan kan? Sudah menjadi tabiat bagi gadis remaja akan keluarkan baju diorang dari dalam almari dan diletakkan di atas katil. Dan akan mencubanya satu persatu sehingga ada baju yang sesuai untuk kita pakai.

Second....
      Shawl. Bagi gadis remaja yang bertudung juga mahu bergaya walaupun bertudung kan? Macam zaman sekarang terkenal dengan selendang dan tudung bawal dua tone. Cara pakai pula tentulah yang tidak nampak serabut tetapi kelihatan cantik dan kemas. Gadis remaja akan mengikut gaya artis-artis atau pereka fesyen terkenal. Contohnya, digayakan seperti Heliza Helmi, Diana Amir, Najwa Latif, Hana Tajima, Yuna dan ramai lagi.

Third....
      Beg. Pergi kemana saja pasti gadis remaja akan membawa beg disisi mereka. Apa yang diisi kat dalam? Ada yang hanya diisi dengan handphone dan purse dan ada juga yang diisi dengan alat-alat makeup. Beg adalah satu fesyen kepada gadis remaja. Terasa janggal kalau tidak ada beg. Bukan beg tangan yang dipakai makcik-makcik atau perempuan yang sudah bekerja itu. Gadis remaja sekarang kebanyakkannya akan memakai beg yang diimport dari korea. Ada juga hanya tiruan tetapi itu semua tidak dikisahkan asalkan dapat digayakan beg seperti itu.

Fourth....
     Kasut. Sesetengah remaja sukakan kasut yang ada tali berlilit diketingnya dan ada juga yang menutup di bahagian depan, belakang kaki dan sekeliling bahagian tapak kaki kita. Ketinggian tumit kasut itu juga akan diambil kira kerana bagi remaja yang rendah tentu sesuai memakai kasut bertumit tinggi tetapi haruslah berpada-pada kerana ia juga boleh menjejaskan kesihatan kita. Bagi gadis yang tinggi lampai pula tentu tidak sesuai kalau memakai kasut bertumit tinggi kerana ini akan menyebabkan diorang kelihatan seperti 'galah' dan mungkin akan kelihatan diorang lebih tinggi daripada lelaki.

Last.....
     Aksesori. Rantai, gelang, anting-anting dan cincin tentulah akan dipakai para gadis remaja. Tak lengkap rasanya kalau tidak memakai benda-benda ni semua. Pada zaman sekarang ini jarang dah yang memakai rantai bentuknya seperti guli besar dan labuh sampai ke bawah dada. dan memakai anting-anting. Remaja zaman sekarang hanya tertumpu kepada gelang dan lebih-lebih lagi cincin. Ini kerana sudah ramai yang bertudung dan tentulah orang lain tidak akan nampak kalau kita memakai rantai atau anting-anting. Mereka lebih gemar bergaya dengan gelang dan cincin. Tetapi remaja sekarang lebih ramai yang memakai cincin dan gelang pula digantikan dengan jam tangan. Ada yang memakai cincin couple dan ada juga yang memakai cincin biasa. Kenapa sudah jarang remaja memakai gelang. Gadis sekarang lebih suka memakai jam tangan kerana mungkin diorang rasa berbahaya kerana sekarang ragut-meragut terjadi dimana sahaja dan kalaupun yang tiruan ada tetapi mungkin kulit diorang tidak boleh memakai aksesori tiruan. Lagipun, kalau jam senang kita nak tahu waktu.


BLOGSHOP

















3 Comments

  1. assalamualaikum..jemput singgah n follow shoppylegacy.blogspot.com utk lihat pebagai koleksi tudung menarik..tenkiu :D

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum dan hai. Adakah anda sedang mencari baju-baju fesyen baru dan fresh pada harga yang berpatutan? Jom ke website ni www.GrooversFashion.com

    ReplyDelete