Majlis Perkahwinan Ally Iskandar ♥ Farah Lee



Assalamualaikum
 Peace Yo ! ^.^ v

Haa ! Kalau sebut jea Ally Iskandar mesti korang dah terbayang - bayang jejaka yang berkulit kuning langsat kot , tak rendah , tak tinggi and handsome ! Yeah !  Hehe #gedik  : ) Ally dah nikah weh ! Adeh ! Terlepas nak ngorat Ally . KihKih Gurau jea . Jangan marah yea Farah Lee : D Oh mak kau cantik ooh bini kau Ally . Kuikui Tengok jea Farah terus cakap cantik ! Memang takleh nafikan . Ally Iskandar Farah Lee bagai pinang dibelah dua ! Eceh eceh ! Bukan main yea kau Ina ! Hehe Sekarang , jom kita layan gambar - gambar Majlis Perkahwinan Ally Iskandar Farah Lee . ^.^


GAMBAR DARI OHBULAN










PETIKAN DARI OHBULAN


Hanya 2 kali lafaz, personaliti tv3 terkenal, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36 telah bergelar suami kepada Nurfarahin Binti Romli, 22 dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu, tepat jam 10:03 minit pagi.
Ally Iskandar segak bergaya mengenakan baju melayu putih telah dinikahkan berwakil wali bapanya, Romli Bin Ismail oleh jurunikah kawasan Kampung Atas Tol, Tuan Haji Mohd Abu Bakar dengan mas kahwin berjumlah RM250.
Pihak lelaki, Ally Iskandar menerima 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan iaitu set pakaian lelaki, sedulang manisan, kelengkapan baju melayu, sejadah dan jubah, gubahan bunga rampai, replika rumah, sebuah iPhone dan sebentuk cincin.
Manakala, Nurfarahin atau lebih dikenali sebagai Farah lee menerima 7 dulang hantaran berupa gubahan sirih junjung, telekung dan sejadah, sebentuk cincin dan mas kahwin, sebuah rumah, sebuah Mac Book Pro, sehelai baju kurung dan senaskhah Al-Quran.
Dianggar lebih 100 jemputan daripada pihak lelaki dan perempuan hadir bagi memeriahkan majlis pernikahan kedua-dua pasangan pengantin ini.

-----------------------------
Amacam ? Sweet kan diorang ni ? Hehe Sepadan jea Ina tengok Ally dengan Farah ni . Hmm = ) Sebelum Ina berundur diri , Ina ucapkan Tahniah kepada Ally dan juga Farah . Semoga rumah tangga korang diberkati dan dan dan ? Hehe tak tau nak cakap apa . Tak pernah ucap tahniah kat pengantin . Hee :D

3 ulasan:

  1. alhamdulillah , selepas asyik dikecewakan , dapat isteri yg lagi bagus dari sebelum nie. memang tak sia-sia ally iskandar menunggu selama nie . inilah untungnya jka menjadi orang yg bersabar . ;)

    p/s: cntik nyew wife dya .

    BalasPadam
    Balasan
    1. yea alhamdulillah : ) . dapat pulak isteri bertudung , memang bertuah Ally . Farah Lee memng cantik ^.^

      Padam
  2. Niena ada buat GA , lebih 51 hadiah menarik untuk dimenangi .. Jom join ! =)
    http://nienasofea.blogspot.com/2012/01/exclusive-giveaway-by-niena-sofea.html

    BalasPadam

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.