Ini adalah pengakuan Ainaa yang tak suka nak belajar English. Sekolah rendah dulu-dulu, Ainaa mana nak belajar english sangat lebih lagi grammar memang tutup telinga awal-awal. Senang kata memang selalu ngelat la untuk belajar english. Tapi bila masuk darjah 6 macam tu, sekolah ada buat kem english dan entah macam mana terjodoh pula dengan ex-crush (crush pertama tu uolls)... Alah biasa la suka-suka gitu je, selalu skodeng jauh-jauh tapi kejap je suka. Eh, tercerita pulak. Okey, bermulanya Ainaa satu group dengan dia dalam English Camp tu sampai la masuk sekolah menengah Ainaa mula baca komik Jepun yang di terjemah dalam bahasa Inggeris... Dari situ Ainaa dah mula faham bahasa Inggeris, boleh biasa-biasa je lah. Dan dari situ juga Ainaa mula sedar yang English ni penting. Tapi Ainaa nak cakap, bermula dari membaca komik tu sebenarnya yang menambahkan Ainaa punya vocabulary dan bukan sebab crush ke apa. Masa tu tak fokus sangat dengan grammar tapi fokus pada maksud, ya lah kalau tak macam mana nak faham baca komik kan.

English, grammar, vocabulary, uia,


Selepas itu, dah boleh faham kalau orang speaking? Faham.... Tapi Ainaa akan mengelat. Mengelat untuk berbahasa Inggeris dan berkomunikasi dalam bahasa asing ini. Memang langsung tak ada keyakinan nak speaking dan rasa malu tu menebal (perangai orang Melayu heh). Dan bila Ainaa melangkah ke asasi UIA, di situ baru Ainaa belajar betul-betul dari segi grammar, vocab English dan banyak lagi. Tempat di mana Ainaa terpaksa pulun belajar English, grammar terutamanya dan tempat di mana Ainaa terpaksa berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Kalau tak kuasai betul-betul tak adanya boleh graduate. Itulah Universiti Islam Antarabangsa atau International Islamic University Malaysia. Tak ada perasaan nak berbangga tapi tempat ini yang banyak mengubah seorang Ainaa yang tidak suka kan English kepada Ainaa yang dah mula berani nak speaking English.

Ingat lagi selepas SPM, Ainaa ada minta dengan abah nak masuk kursus english tapi sebab kos belajar adalah seribu lebih, abah buat tak layan je. Abah kata, "baca surat khabar english, speaking hari-hari. Nanti lama-lama boleh lah cakap english". Kita ni pun redha la tapi bila mula-mula masuk uia tu memang 'terseksa' la jugak nak cakap English dan ada juga perasaan nak salahkan Abah (jahat kan) tapi tak lama bila Ainaa sedar... Selama ini kita yang selalu mengelat nak belajar, diri sendiri yang tak usaha, diri sendiri yang mengelat nak speaking..... TAPI ITU DULU.

Sekarang, beranikan diri ke hadapan kelas, speak in english! Dulu, mengelat dari berkomunikasi dengan lecturer dan foreigner tapi sekarang? Alhamdulillah. Dah boleh speaking dengan lecturer, dah boleh berkawan dengan foreigner tapi English masih bantai je asal diorang faham. Hahaha. InsyaAllah bila mula berkawan dengan foreign people ini dapat mengasah lagi English kita tu. Tengah usahakan ini memandangkan Ainaa berkumpulan dengan orang Somalia, jadi nak tak nak kena faham dan kena bercakap dalam bahasa Inggeris.

English mungkin berterabur tapi sis cuba yaw! 3:

5 Comments

  1. Nak cakap English jangan cakap dengan kawan, nanti kawan hina... "Buang tabiat ke?".. Cakap dengan strangers... Hehe..

    ReplyDelete
  2. english language mmg penting kan. sy pun tgh usaha nak improve bahasa inggeris. huhu. blogwalking dan klik iklan menarik di sini. :)

    ReplyDelete
  3. Kalau tak attend courses pun ada banyak cara lain lagi aina untuk improve English, tapi apa yang Aina buat pun, that's one of the ways. Bila banyak communicate and guna bahasa tu, inshaAllah dah tak malu dah and boleh berbahasa dengan lebih baik kan.

    ReplyDelete
  4. hahaha.. ainaa macam Nurul.. serious asyik mengelak bila kena speaking.. tapi sekarang dah start bekerja memang tak boleh mengelak.. asyik jumpa dengan client yang suka sangat speaking.. dan kita pun bantai je speaking asalkan client tu faham. takpe, masa sekarang la kita kena belajar ^^

    ReplyDelete
  5. Elsa pun ada cara nak faham english. Elsa selalu dengar lagu english and liriknya tu elsa baca. Elsa faham je tapi bila nak speak dekat orang uish bukan main berterabur hahaha. Hanya mampu dengar and faham je nak berbual dalam english elsa surrender huhuhu. Sekarang baru nak sedar bahasa inggeris tu boleh jadi bekal jugak untuk kita belajar and bekerja jauh kan

    ReplyDelete