ASSALAMUALAIKUM!

Ada sesiapa yang berminat nak novel limited edition tak?
Novel yang dikeluarkan sendiri oleh penulis Siti Khadijah iaitu penulis novel
Rindu Dalam Sepi dan Rasa Yang Tertinggal yang pernah diterbit 
di bawah terbitan KaryaSeni.

Novel limited edition yang sememangnya tak ada dijual dimana-mana kedai
di dunia ni adalah novel yang berjudul Digara Cinta dan Dua Kisah Satu Cinta.


Digari Cinta & Dua Kisah Satu Cinta
Sem.Malaysia: RM26
Sabah dan Srwk: RM31
(termasuk postage)

SINOPSIS: DIGARI CINTA

PERTEMUAN pertama antara Arisya dan mamat poyo perasan bagus itu membuahkan rasa sakit hati dalam diri Arisya. Ada ke patut gadis remaja macam Arisya di panggil mak cik. Agak- agaklah sikit. Walaupun ketika itu Uzair adalah pelanggannya tapi ini Arisya, pelanggan ke pinggan ke, ada dia peduli? Takkan sesekali dia peduli.

Bagi Uzair pula, wujudnya perempuan atas muka bumi ini hanya menyusahkan hidupnya. Ditambah lagi dengan pertemuannya dengan Arisya. Mak cik penebar roti canai yang cukup kurang ajar dan mungkin kurang siuman. Sikap Arisya memang menyakitkan hati Uzair yang sememangnya telah lama sakit disebabkan seorang perempuan yang tidak tahu menghargai cintanya walaupun cintanya itu cinta monyet.

Namun, bila kali pertama berjumpa pasti ada kedua kalinya. Kali ini Arisya dikejutkan dengan kenyataan yang tak mampu dia elakkan. Mamat sengal yang perasan bagus itu akan menjadi sebahagian hidupnya. Oh my God!

“ Siapa tunang Aris ibu?”

“ Kamu ni mamai ke apa Aris? Itulah tunang kamu. Dah jom berkenalan nanti taklah kamu menyesal kahwin dengan dia,”

‘ Aris bukan mamai ibu, tapi Aris rasa macam nak tembak diri sendiri je. Aris tak nak kahwin dengan mamat sengal tu. Tak nak!’

Nak menyesal pun sudah tidak berguna. Tarikh sudah ditetapkan dan mereka akan bersatu dalam ikatan yang akan terus mengikat mereka buat selama- lamanya.

“ Kalau saya tahu mamat sengal yang perasan bagus tu akan jadi bakal suami saya, lebih baik saya kahwin dengan apek tua yang jual sayur kat pasar!” – Arisya.

“ Saya lebih rela kahwin dengan mak cik cleaner kat pejabat saya daripada kahwin dengan mak cik tua yang gangster tahap dewa macam awak ni!”- Uzair.

Mampukah cinta merubah kedua insan ini seterusnya menyatukan dua hati yang keras bagaikan batu? Mampukah Arisya mengubah pendirian Uzair tentang wanita?


SINOPSIS: JIKA BENAR KAU CINTA (DUA KISAH SATU CINTA)

EZLAILI HAMNA, nama yang cukup cantik namun tidak secantik orangnya. Berkaca mata bulat dan besar itulah gayanya. Penampilannya yang agak kolot membuatkan dia digelar Si Minah Gendut oleh si jejaka yang menjadi seterunya. Pantang berjumpa pasti ada yang tak kena. Pantang bersuara pasti akan ada kata- kata pedas yang terbit daripada mulut Hamna. Dia bukan gadis yang mudah mengalah jauh sekali gadis yang lemah. Siapa yang mencabar pasti dia akan tentang habis-habisan.

“Aku tak pernah gentar walau sedikit pun dengan mamat tu. Apa aku lakukan untuk pertahankan diri aku daripada dihina dan dimaki dengan dia. Aku tahu dia suka buli orang, dia boleh dikatakan kaki gangster tapi tu sikit pun tak bagi kesan kat aku. Siapa yang cuba cabar aku, akan aku tentang!”- EZLAILI HAMNA.

Begitu juga dengan TAUFIQUL ISYRAQ, matlamatnya hanyalah satu iaitu menjatuhkan musuh nombor satunya. Bagi Isyraq kehadiran Hamna seolah-olah mencabar dirinya sebagai seorang lelaki. Dia tidak boleh kalah dengan perempuan selekeh itu. Berbagai cara dia lakukan untuk menjatuhkan Hamna tidak kira dengan cara kasar mahupun halus asalkan gadis itu melutut padanya.

“Kalau kau tak kacau hidup aku, aku takkan ganggu hidup kau. Tapi kau dah lebih, bukan setakat hidup aku malah hati aku jadi kacau bilau sebabkan kau. Sebagai hukumannya, kau tak boleh lepas daripada aku, Hamna!”- TAUFIQUL ISYRAQ.

Tekad yang telah terlafaz membuatkan Isyraq terus memburu Hamna walaupun gadis itu telah menghilangkan diri disebabkan perangkapnya tidak menjadi. Walaupun benci yang diungkap namun ada kasih yang makin mekar. Namun, dek kerana satu kesilapan, semuanya musnah dalam sekelip mata.

“Kau perempuan ego, Hamna!”

“Kau lelaki tak guna, Isyraq!”

“Kau memang tak pandai menilai cara aku mencintai kau!”

“Boleh blah dengan cinta kau. Sekali kau tipu aku sampai mati pun aku akan ingat. Menyesal aku suka pada kau. Menyesal aku suka pada lelaki yang penipu macam kau!”

“Kau sukakan aku, Hamna?”

Kata orang, jangan terlalu membenci kelak akan mencintai. Namun, akan wujudkah rasa cinta pada kedua insan yang saling bermusuhan ini?

..................

Ke-4 empat novel Siti Khadijah saya dah ada dah dah habis dibaca.
Dan karya Siti Khadijah adalah karya penulis yang memang akan saya beli.
Sebab semua karyanya BEST SANGAT-SANGAT!! Memang saya enjoy baca
semua novelnya.

SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH PM PENULIS SENDIRI DI SINI !!

5 Comments

  1. Aaaaaaaa. Nak nak :( tapi... hm, dah lah spm tahun ni xD bagilah miss

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum dan salam singgah malam dik Nik...macam best jer cerita dia...teringin pula nak baca...hehe...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum ainaa...mcm best juga ni...:)

    ReplyDelete
  4. nk2222222222...aci x bgi freee hehehhe...

    ReplyDelete
  5. Boleh e-mail saya the detail untuk nk dapat 2 novel diatas - noorhizan@takaful-ikhlas.com.my

    ReplyDelete