Pembelian MiniNovel: Digari Cinta - Siti Khadijah
Assalamualaikum.
Ingat lagi tak dengan entry INI?
Entry pasal novel yang diterbitkan oleh penulis sendiri.
Acik Lana... Sha Ibrahim.... Rehan Makhtar dan Siti Khadijah.
Alhamdulillah. Tadi saya PM SK tanya MN Digari Cinta masih
ada stok atau tidak. Dan SK kata ada, dalam proses pencetakan kedua.
Dapat aje tahu hal ni terus order. Hehe kan dah kata saya ni peminat
tegar novel. = P
Seperti yang saya kata pada entry INI, novel Acik Lana yang diterbit sendiri,
Perempuan Yang Paling Aku Cinta juga akan dibuka order ketiga
selepas raya ini.
Untuk pembelian Digari Cinta, korang dah boleh buat order
dari sekarang! Cepat dapatkannya!
Harga & Cara Pembelian Mini Novel Digari Cinta - Siti Khadijah :
Harga & Cara Pembelian Mini Novel Digari Cinta - Siti Khadijah :
PERTEMUAN pertama antara Arisya dan mamat poyo perasan bagus itu membuahkan rasa sakit hati dalam diri Arisya. Ada ke patut gadis remaja macam Arisya di panggil mak cik. Agak- agaklah sikit. Walaupun ketika itu Uzair adalah pelanggannya tapi ini Arisya, pelanggan ke pinggan ke, ada dia peduli? Takkan sesekali dia peduli.
Bagi Uzair pula, wujudnya perempuan atas muka bumi ini hanya menyusahkan hidupnya. Ditambah lagi dengan pertemuannya dengan Arisya. Mak cik penebar roti canai yang cukup kurang ajar dan mungkin kurang siuman. Sikap Arisya memang menyakitkan hati Uzair yang sememangnya telah lama sakit disebabkan seorang perempuan yang tidak tahu menghargai cintanya walaupun cintanya itu cinta monyet.
Namun, bila kali pertama berjumpa pasti ada kedua kalinya. Kali ini Arisya dikejutkan dengan kenyataan yang tak mampu dia elakkan. Mamat sengal yang perasan bagus itu akan menjadi sebahagian hidupnya. Oh my God!
“ Siapa tunang Aris ibu?”
“ Kamu ni mamai ke apa Aris? Itulah tunang kamu. Dah jom berkenalan nanti taklah kamu menyesal kahwin dengan dia,”
‘ Aris bukan mamai ibu, tapi Aris rasa macam nak tembak diri sendiri je. Aris tak nak kahwin dengan mamat sengal tu. Tak nak!’
Nak menyesal pun sudah tidak berguna. Tarikh sudah ditetapkan dan mereka akan bersatu dalam ikatan yang akan terus mengikat mereka buat selama- lamanya.
“ Kalau saya tahu mamat sengal yang perasan bagus tu akan jadi bakal suami saya, lebih baik saya kahwin dengan apek tua yang jual sayur kat pasar!” – ARISYA
“ Saya lebih rela kahwin dengan mak cik cleaner kat pejabat saya daripada kahwin dengan mak cik tua yang gangster tahap dewa macam awak ni!”- UZAIR
Mampukah cinta merubah kedua insan ini seterusnya menyatukan dua hati yang keras bagaikan batu? Mampukah Arisya mengubah pendirian Uzair tentang wanita?
0 Comments