Hai, kihkih
Malam-malam ni tiba-tiba
terasa nak kongsi perasaan saya tentang CBXXL ni.
Novel keluaran terbaru KaryaSeni daripada penulis BestSeller
Love You Mr.Arrogant - Aliesha Kirana

Semalam, selesai sudah membaca novel Cinta Bersaiz XXL hasil tulisan Aliesha Kirana. Apa yang saya nak cakap, memang saya tak menyesal beli dan memang patut dibeli. Saya suggest novel ni kat kawan-kawan saya dan apabila kawan saya baca... Riaksinya... Memang dia cakap superb best! Saya baca pun tersengih dan terhibur dengan kecomelan pasangan suami isteri ni, Adeeba Addin dan Hadif Harith.

Ceritanya memberi impak kepada pembaca yang juga bersaiz xxl untuk lebih kuat, tabah, semangat, dan seangkatannya. Buktinya, kawan saya sampai cakap ada 'raaaw' yang tiba-tiba hadir dalam diri. Rasa semakin bersemangat! Cerita yang mengisahkan seorang perempuan yang bersaiz xxl yang sukar mendapat jodoh tetapi dikejutkan dengan pinangan pengetua sekolah a.k.a bekas gurunya untuk anak lelakinya yang bernama Hadif Harith. Lebih mengejutkan Deeba apabila melihat 'kesempurnaan' wajah Hadif.

Akibat takut Adeeba menjadi andartu, mak Deeba tekat menerima pinangan itu namun Deeba masih was-was dan tidak mahu Hadif menerimanya kerana terpaksa. Tapi selepas dijelaskan Hadif, mereka kahwin juga ya. Nak tahu lebih lanjut, baca sendiri lah! HAHA

Cerita yang sangat best. Konflik tak banyak tapi masa part konflik tu janganlah sentap pula kalau baca. hehe deng yang baca ni pun rasa nak naik kaki atas muka Sara. hoho =P tapi serius, kisah Adeeba Addin dan suaminya, Hadif Harith sangat sweet! =3

...................

| SINOPSIS |

CINTA BERSAIZ XXL - ALIESHA KIRANA
RM19/22. Beli online tolak RM3 n free poslaju. (BeliOnline)

“Awak dah nampak saya depan mata awak, kan? Saya tak kisah kalau awak nak tarik diri daripada pertunangan ini sekarang. Saya terima segala keputusan awak.”
“Percayalah kepada jodoh yang ditetapkan oleh Allah ini ya, Deeba. Saya terima Deeba ikhlas kerana Allah.”

Nur Adeeba Addin - Rombongan merisik yang hadir membuatkan dia terpana. Tak betul agaknya lelaki yang datang merisiknya itu.Gara-gara saiz badannya yang comel, dia seringkali diejek gendut, debab, anak gajah, badak, tong dram, Doraemon, guni beras dan macam-macam lagi gelaran. Jadi mana mungkin lelaki sempurna seperti itu yang bakal dimilikinya?

Hadif Harith - Hatinya ikhlas memberi, kasihnya tulus menyinar meskipun sentiasa diragui. Ketampanannya digilai ramai namun cintanya utuh buat pemilik tubuh XXL.
Sehinggalah akad dilafazkan… Adeeba akur dengan landasan cinta itu.

“Deeba tau kan, abang tak suka Deeba rendahkan diri Deeba. Orang lain tak nampak apa yang abang nampak pada diri Deeba.”

“Nampak apa? Nampak lemak dekat badan Deeba ni?”

Hadir pula Qaisara, sepupu Hadif yang tak henti-henti menagih cinta.

Munirah, sahabatnya sendiri yang jatuh suka, dan juga gosip Hadif dengan Cik Irma yang melanda, membuatkan hati Adeeba kian curiga.

Benarkah masih ada ruang untuknya dicintai dan mencintai? Dan tak mampukah cinta seorang bersaiz XXL sepertinya menjadi realiti?

8 Comments

  1. Assalamualaikum,..pcl ke sini mahu kenal2 n balas jejak n folo back...semoga ceria blogging. ..pcl dgn novel ni kureeng skit haha !

    ReplyDelete
  2. terima kasih sudi review novel AK! nangis terharu baca. hehehee. sgla kekurangan novel ni hrp dpt dimaafkan. ^_______^

    ReplyDelete
  3. @Aliesha Kirana sama2. wah! teruja tengok sis AK komen. jumpa mana link ni? hehe btw CBXXL memang the best! ;D

    ReplyDelete
  4. @Nik Ainaa carik2 kt google. AK mmg ske cari review novel sndiri. HAHAH. ok kantoi prangai tak semenggah. lalalaa. larikkk!

    ReplyDelete
  5. waaahhh tingin nak baca!

    kalo uni jd deeba 2 pon uni rs rndah diri...:'(

    ReplyDelete
  6. @UniMeOw beli lah skarang. beli melalui on9 lagi murah takpun tunggu PBAKL 2013 nanti. novel ni memang betul2 best.

    betul tu, smalah degn ina. klau ina jadi deeba pun mesti rsa rendah dri dgn org2 sekeliling. nasib baik deeba ada hadif. :)

    ReplyDelete