Haaaa!! Siapa yang bakal melangkah ke alam universiti WAJIB baca tips ini. Yang telah berada di universiti atau baru masuk pun kena baca juga sebab banyak lagi tips yang kau orang tak tahu.




| TIPS PERTAMA | 

Rajinkan diri bersembang dan bercampur dengan pak guard dan makcik tukang sapu. Mereka banyak tahu 'rahsia' kolej dan kampus. Pak guard boleh buka cerita tentang suara orang menangis dan menjerit malam-malam pukul 3 pagi. Dia tahu bilik mana ada budak bunuh diri.Makcik tukang sapu tahu kat koridor mana ada budak kena histeria dan lompat dari tingkat tiga, jatuh bawah kepala bersepai. Dia tahu.Lepas tu dia tahu kat ampaian mana bebudak biasa nampak langsuir bergayut bila sidai baju pukul 3 pagi. 


| TIPS KEDUA |

Bila dapat bilik, elakkan daripada pilih katil dekat dengan tingkap. Bila tutup, rasa lemas. Bila bukak malam-malam rasa seram.Tingkap menghadap koridor bahaya sebab malam-malam dengar bunyi selipar diseret. Bila dengar betul-betul ada bunyi 'Karipap! Karipap!'Makcik Karipap biasanya datang lepas pukul 3 pagi waktu kolej dah sunyi dan gelap. Yang belum tidur, sibuk basuh baju kat toilet hujung.Ada juga yang sibuk study pakai walkman, tak perasan Makcik Karipap jenguk di luar tingkap. Siapa Makcik Karipap? Tak siapa tahu.Tapi setiap U ada Makcik Karipap. Cuba tanya senior. Yang pernah nampak kata Makcik Karipap bongkok macam nenek kebayan, pakai tudung.Muka tak nampak.Di lengannya ada bakul rotan berisi batu nisan. Kalau ditegur di sebalik tingkap 'Dik, nak karipap?' jawab lah 'tak nak'.Selagi tak dijawab, takut Makcik Karipap masuk dan tunggu di hujung katil. Ramai dah terkena. Ingat ungkapan keramat ni: tak nak! 

| TIPS KETIGA |

Kalau dapat katil double decker, pastikan tahu bila rakan yang tidur di atas atau di bawah masuk tidur.Nak tahu kenapa?Banyak kes terjadi bila kita tidur jam 11 malam bila member belum balik, jam 3 pagi kita dengar dia balik dan panjat katil dalam gelap.Kita tahu member kita tengah tidur sebab spring katil kat atas bergerak-gerak dalam gelap. Lepas tu kita dapat Whatsapp dari member."Bro, aku study McD dengan geng malam ni. Esok ada kuiz. Ko jangan kunci pintu" Kita rasa menggelupur nak menjerit dalam gelap.Kisah benar.Pernah terjadi.Beringat sebelum kena. Katil double decker memang selalu ada kisah mistik.


| TIPS KEEMPAT |

Kalau rakan sebilik semua balik kampung dan kolej kamu hanya ada dua tiga kerat yang tak balik, jangan ambil risiko.Dulu ada kes budak yang tak balik kampung sebab malas naik bas berjam-jam. Lagipun ada member bilik atas yang tak balik.Malam itu waktu dia tidur, dia dengar budak bilik atas seret meja pukul 3 pagi. Bengang, dia pun naik atas - tapi dia tengok level tu gelap.Rupanya hanya dia yang tak balik. Takut punya pasal, dia tidur kat pondok Pak Guard sampai Subuh. ingat tu, jangan tak balik kampung. 


| TIPS KELIMA |

Kalau rasa nak buang air kecil atau air besar, buang lah sebelum tidur. Rumit kalau rasa nak terkucil pukul 3 pagi.Toilet nun di hujung koridor.Bila sampai sana, tolak pintu, tutup, lepaskan hajat. Tapi bukan lah toilet kolej kalau tak ada kisah seram.Pernah dengar cerita student pergi kencing pukul 3 pagi dan ghaib? Hilang. Lesap.Macam ditelan bumi.Sebulan cari tak jumpa.Malam tu, ada student tengah berus gigi dalam toilet pukul 11 malam. Bila dia tadah air dalam gelas nak berkumur, segumpal rambut keluar.Bila disiasat, rupanya budak yang hilang sebulan yang lepas ada dalam tangki air toilet tu.Tak siapa tahu macamana dia masuk dalam tangki.Mayat dah kembung dan perut dah pecah. Selama sebulan, students lain di level tu dah mandi air mayat... dan makan megi perisa air mayat.Hati-hati bila ke toilet ya.Itu mungkin kali terakhir kamu ke toilet sebelum hilang.


| TIPS KEENAM |

Elakkan daripada membasuh pakaian selepas pukul 12 malam. Pernah dengar kisah budak nampak 'benda tu' tergantung kat ampaian?Lepas habis perah baju, dia nak sidai kat ampaian tingkat 4. Level dia dah gelap. Semua dah tidur. Tapi dia suka basuh baju malam.Waktu dia nak sidai baju di tingkat 4, dia nampak di hujung ampaian ada bantal bolster yang digantung.Dia tak ambil pusing sangat.Tapi dia perasan 'bantal' tu berhayun-hayun. Bila ditengok betul-betul, rupanya pocong tergantung di ampaian. Ingat tu! Hati-hati ya! 


| TIPS KETUJUH |

Sesetengah bilik ada 'sejarah' tersendiri. Kadangkala sejarah hitam bilik sengaja didiamkan oleh pihak kolej.Pernah dengar kisah student dapat bilik tempat bunuh diri?Malam itu dia tidur seorang sebab member balik kampung.Nak jadikan cerita, pukul 3 pagi bekalan letrik terputus. Kipas terpadam.Lampu koridor pun tak ada.Gelap gelita.Tapi dia dengar sesuatu.Bunyi kreok kreok kreok dalam gelap.Bunyi bilah kipas siling bergerak.Tapi letrik tak ada.Dia ambil fon tepi bantal. Suluh pakai skrin.Tahu apa yang dia nampak? Badan seorang lelaki dewasa tergantung dari kipas dengan seutas tali pinggang. Berpusing...Berpusing...Mata terbeliak dan lidah terjelir.Bunuh diri dek patah hati.Tindakan bodoh. Dan yang paling bodoh, tak ada siapa akan beritahu kita.Setiap bilik di kolej perlu diisi. Kalau ada yang tahu bilik tu pernah ada orang bunuh diri, ada ke orang nak duduk situ? Common sense.Cara nak atasi bilik pernah jadi lokasi bunuh diri?Jangan tinggal solat.Banyakkan baca ayat-ayat suci.Dengar CD hafizhamidun pun ok. 


| TIPS KELAPAN |

Kalau selimut asyik terjatuh atas lantai pukul 3 pagi, jangan dikutip.Biarkan.Kenapa?Tak pernah dengar cerita?Ada student ni perasan selimut asyik terjatuh atas lantai. Mula-mula jam 1 pagi.Lepas tu 1:45.Lepas tu 3:15. Dia tidur sorang malam tu.Katil sebelah kosong sebab member balik kampung. Bila selimut 'hilang' sekali lagi jam 3:30 pagi, dia tengok di hujung kaki.Tak ada.Selimut tak ada atas lantai. Dia hairan. Bilik tidur samar-samar sebab ada cahaya dari luar.Dia cuba intai bawah katil.Pun tak ada.Mana selimut dia?Sambil baring di atas lengan kanan, dia pandang katil sebelah. Selimutnya ada di sebelah.Tapi ada 'benda' berselubung.Seolah-olah berkapan dari hujung kepala sampai ke hujung kaki.Sampai ke pagi dia tak boleh tidur.


Gurauan semata-mata. Jangan ambil serius ya. 

5 Comments

  1. huhu . Gurauan atau betul kak ? seram baca . Naik bulu roma T.T

    ReplyDelete
  2. haha,,tu belum mandi awal pagi..hahah

    ReplyDelete
  3. Nice tips... Indah jika dikenang kenangan masuk u...

    ReplyDelete
  4. ainaaaaaaaaaaaaa...taku akak, da la baca time malam-mala..grrrr

    ReplyDelete