Harini memandangkan Ainaa hanya ada kelas pagi dan petangnya memang free, Ainaa dengan roommates tengok filem melayu yang terbaru iaitu CINTA PALING AGUNG. Lakonan Aaron Azi,  Siti Saleha, Mia Sara dan pelakon-pelakon dari indonesia. Ainaa lupa nama apa.


Cerita dia mengisahkan Khairi dan Amyza yang berkahwin atas dasar suka sama suka tetapi setelah 9 tahun berkahwin, diorang masih tak ada anak. Mia Sara sebagai Hanna itu hanya anak angkat kepada pasangan Khairi dan Amyza. Tapi ada yang cakap Hanna tu anak kandung diorang. Entahla, entah Ainaa yang konfius atau Ainaa yang tak fokus. HAHA. Ok, setelah hampir 10 tahun diorang kahwin itu, sikap Khairi ni dah berubah dan dia juga dah berpaling tadah cintakan Dewi, gadis indon.

Khairi berterus terang dengan Amyza nak kahwin satu lagi dengan Dewi dan Amyza tak boleh terima. Amyza mula memberontak dalam diam, tak bercakap, tak tengok suami dia ni dan tidur pun dah asing. Tapi kawan-kawan Amyza cuba nak satukan kembali diorang dengan ubah penampilan Amyza dan suruh Amyza buat syarat kepada Khairi. Khairi diberi masa selama 30 hari untuk layan dia sama seperti awal-awal pernikahan diorang  sebelum bercerai. Kiranya ini tektik terakhir untuk kembalikan Khairi yang cinta akan Amyza.

Berjaya atau tidak rancangan 30 hari Amyza? Kalau berjaya, apa jadi dengan Dewi, gadis yang berjaya buat Khairi jatuh cinta untuk kali kedua? Dan kalau rancangan Amyza tidak berjaya untuk pikat kembali suaminya, adakah diorang akan bercerai seperti mana dalam syarat yang ditetapkan?

Kau orang kenalah tengok sendiri. Tak syiok lah kalau Ainaa cerita siap-siap. Kan-kan. Emm jadi konklusi keseluruhan cerita Cinta Paling Agung.... best jugak. Hehe Cerita melayu biasalah. Korang tengok je dulu, lepas tu ikut suka lah best ke tidak.

5 Comments

  1. Cerita ni best , tengok the making dye mcm best je , nak beli la kat astro 1st

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kan. Sbb tgk org promote mcm best je tu yg aina tgk. :D

      Delete
  2. Anak betul kan, sebab ada dialog y khairi cakap, Abang hanya hormat myza sebab myza lahirkan zuriat abang. Tak da cinta dah. Ha, macam tu lah lebih kurang. kikiki.

    By the way, bg illa sendiri jalan cerita dia best. Tapi ending macam cepat sangat. Tapi sebagai penonton, sebenarnya kita boleh assume sendiri dah.

    =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh anak betul ya. Sbb ayat khairi yg nak myza lahirkan ank utk dia tu yg bt konfius skit. Hehe tq penulis illa shanahila betulkn. Cerita ni masih boleh dikategorikan best sbb tu aina layan smpai hbis. Hehe

      Delete
  3. tak pernah tengok . nanak tengok cerita ni

    ReplyDelete